KUALA LUMPUR: Sebelum membuat keputusan untuk bernikah sekali lagi, penyanyi terkenal, Datuk Nora terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada golongan yang berilmu.
Nora enggan terburu-buru membuat keputusan, apa lagi memikirkan pelbagai pertimbangan harus diambil kira.
Namun, setiap nasihat dan doa yang dititipkan oleh rakan-rakan karib dan beberapa ustazah mengenai takdir yang tertulis itu membuka hati penyanyi lagu Hanya Satu itu menerima lamaran Dr Rushdi Ramli yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya.
Dan masih lagi kental di kotak fikiran Nora mengenai pesanan yang dititipkan oleh ibu kepada Allahyarham Johan Nawawi iaitu sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, jangan sesekali segan menolaknya.
“Allahuakbar… besar sungguh rahmat Allah. Selama ini saya serah pada Allah secara total tentang perjalanan hidup saya. Dr Rushdi hadir dalam hidup saya tanpa dirancang. Kami tidak bercinta seperti orang lain, jauh sekali keluar bertemu. Semua itu tidak berlaku.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik,” kata Nora kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
BACA: Nora mengaku terima lamaran pernikahan tapi bukan daripada Annuar Musa
Bagi penyanyi kelahiran Kelantan itu, Dr Rushdi yang juga sahabat karib suami pertamanya, Johan Nawawi sangat disenangi anak-anaknya.
Bahkan, Nora, 48, sekeluarga sering merujuk kepada Dr Rushdi, 55, tentang apa sahaja berkaitan dengan agama.
“Anak-anak juga gembira dengan adanya beliau. Bahkan, Dr Rushdi juga sangat menyayangi sahabatnya, Allahyarham Johan.
“Perjalanan ini sudah tertulis oleh Allah SWT. Saya berlapang dada menerima apa yang Allah takdirkan buat saya. Terima kasih buat semua yang mendoakan perkahwinan saya ini,” ujar Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin.
Sebelum itu, Nora berkongsi berita pernikahannya itu menerusi hantaran dalam laman Instagram peribadinya.
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani. Sempena malam Jumaat yang juga 'sayyidul ayyam', saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi dari kecil lagi.
"Beliau adalah saudara Rushdi Ramli," tulis Nora dalam hantaran itu.
Nora yang mula masyhur menerusi lagu Di Persimpangan Dilema itu juga memohon maaf kerana tidak menghebahkan awal berita gembira itu.
"Dari awal lagi saya berniat mahu tidak berkongsi berita gembira ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
"Saya berpegang kepada prinsip perkahwinan satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti.
"Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang ditentukan," katanya lagi.
Dalam hantaran itu, Nora juga memohon doa semua pihak agar mahligai dibina berkekalan hingga ke alam syurga.
"Saya mohon peminat dan insan yang mengenali saya menitipkan doa buat saya semoga mendapat keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah.
"Moga dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredai Allah SWT dunia dan akhirat. Insya-Allah," katanya.
Nora dan Allahyarham Johan mendirikan rumah tangga pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Bagaimanapun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Penyanyi kesayangan ramai itu juga pernah diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun pada 13 Disember 2019.
Saharudin Musthafa
Fri Dec 03 2021

Datuk Nora dan Dr Rushdi Ramli yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya disatukan sebagai suami isteri malam tadi. - Gambar koleksi peribadi DATUK NORA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Konsert solo pertama Nora Ariffin selepas tiga dekad
Turut diadakan, segmen khas 'Tribute to Johan Nawawi' sebagai penghormatan kepada Allahyarham sebagai tonggak kejayaan dalam kerjaya Nora.

Penceraian perlu ikut prosedur undang-undang - Mohd Na'im
Pasangan suami isteri yang ingin bercerai perlu mengikut prosedur berlandaskan undang-undang sedia ada di negara ini.

'Masa itu nampak putih saja' - Nora Ariffin cerita detik bertarung nyawa di ICU
Kata Nora, dia lebih menghargai kehidupan dan bertindak lebih tepat sekiranya berlaku kecemasan seumpama itu.

Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS
Penyanyi, Putri Dahlia mengucapkan rasa syukur apabila lagunya yang berjudul Old Love menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records.

"Pernikahan ini takdir Allah SWT" - Nora
"Dr Rushdi hadir dalam hidup saya tanpa dirancang. Kami tidak bercinta seperti orang lain, jauh sekali keluar bertemu."

Nora kembali bergelar isteri, nikah rakan baik arwah Johan Nawawi
Nora menerusi perkongsian di Instagramnya mendedahkan beliau kini sah bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli.

Nora mengaku terima lamaran pernikahan tapi bukan daripada Annuar Musa
Kata Nora, lelaki yang mahu memperisterikan beliau merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal.

"Alhamdulillah saya sihat, tidak dijangkiti COVID-19" - Nora Ariffin
"Mungkin ada yang keliru antara nama saya dengan Nora Danish." - Nora Ariffin

Digosip bernikah dengan Nora, Annuar Musa kesal orang lain terkena tempias fitnah
Annuar mengulas mengenai dakwaan yang tersebar di laman Twitter kononnya beliau bernikah dengan penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin.

'Hukum' anak mengikut syariat agama, Nora Ariffin maafkan semua orang
"Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun pada kepada Allah SWT." - Nora Ariffin