JOHOR BAHRU:Kereta Perodua Myvi yang dipercayai dinaiki dua lelaki dan melarikan diri daripada ditahan anggota unit peronda (MPV) sehingga menyebabkan seorang anggota polis maut dalam nahas di Jalan Kangkar Tebrau/Jalan Tun Teja di sini pagi tadi, sudah dijumpai.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kereta berwarna ungu itu telah ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Baru Pandan, Johor Jaya pada 11.30 pagi, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi nahas.
"Kita (polis) kini dalam usaha mengesan suspek terlibat. Difahamkan kereta tersebut disewa atas sewa oleh seorang wanita, kita yakin dapat kenal pasti dalam masa terdekat suspek yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat yang maut dalam nahas itu di Balai Polis Bandar Dato' Onn hari ini.
Beliau berkata siasatan polis turut membawa kepada penemuan sejumlah peralatan dadah di dalam kenderaan tersebut dan oleh itu, polis mengesyaki suspek terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau pengedaran dadah sehingga menyebabkan mereka melarikan diri daripada ditahan polis.
Katanya pada masa sama, polis percaya suspek masih berada di Johor.
"Dia nak lari ke mana, kita akan dapat kesan dalam masa terdekat. Kereta itu ketika ditemui hanya mempunyai kesan bergesel," katanya sambil menambah polis sedang menyemak butiran lanjut kenderaan itu termasuk jika mempunyai saman.
Mengenai cadangan menaikkan pangkat mendiang yang bertugas di Balai Polis Bandar Dato' Onn sejak awal tahun ini, Ayob Khan berkata perkara itu akan dibincang dengan pihak Bukit Aman memandangkan mangsa maut ketika dalam penugasan.
Terdahulu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Balai Polis Bandar Dato' Onn ketika upacara penghormatan terakhir berlangsung yang diketuai Ayob Khan sebelum disusuli Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin dan para pegawai kanan lain.
Turut hadir kakak mendiang Elizcavelynicy Unci Unggat, 23, dan ahli keluarga lain.
Jasad Nicholester Dadup akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Sibu, Sarawak untuk disemadikan.
Dalam insiden pada kira-kira 5 pagi itu, Nicholester Dadup maut selepas cedera parah pada bahagian kepala manakala rakan setugasnya yang juga pemandu MPV terbabit, Lans Koperal Mohammad Fadhirul Musa, 32, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail di sini.
Ketika kejadian, mereka mengejar kereta Perodua Myvi yang enggan berhenti setelah diarah berbuat demikian sebelum bergesel serta terbalik dan berlanggar dengan sebuah Perodua Aruz.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 01 2020
Ayob Khan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Nicholester Dadup. - Bernama
Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.
Jika benar harga melampau, laporkan kepada KPDN segera- Armizan
Menteri KPDN memberitahu dakwaan harga ayam mencecah RM16 sekilogram adalah tidak munasabah, jika benar laporkan segera agar siasatan dapat dilakukan.
Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka India 2025
Beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, meraih gelaran pertama musim ini apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada aksi final di New Delhi, pada Ahad.
Pasukan keselamatan Gaza diletak atur di seluruh wilayah selepas gencatan senjata bermula
Ribuan anggota keselamatan Gaza diletak atur ke beberapa kawasan di seluruh wilayah itu pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata dengan Israel berkuat kuasa.
Op Sky: SPRM akan panggil 20 pegawai bank lagi bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil kira-kira 20 lagi pegawai bank dalam masa terdekat bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram.
Sindiket edar dadah antarabangsa dibongkar
Polis Pulau Pinang membongkar dua sindiket pengedaran dadah menerusi dua operasi terancang bermula kelmarin dan berakhir hari ini.
Polis minta orang ramai henti tular video OKU dipukul
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar memberi jaminan pihaknya akan menyiasat secara telus dan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Malaysia mainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ASEAN - Setiausaha Agung
Di bawah kepengerusian Malaysia, Visi Komuniti ASEAN 2045 akan dilancarkan pada Mei dan dijangka mempercepatkan pembangunan mampan di rantau ini.
Trak bantuan siap sedia masuk ke Gaza ketika gencatan senjata berkuat kuasa
Puluhan trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dijangka memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad susulan penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata.
Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Mangsa yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.
Maut dilanggar ketika tunggu bantuan
Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah di perut dan kaki serta disahkan maut di lokasi kejadian.
Suspek bawa dadah ditahan polis selepas dikejar 10 km
Polis berjaya menahan lelaki berusia 30 tahun itu apabila kenderaan terbabit tersekat dalam kesesakan jalan raya di hadapan sebuah restoran di Batu Ferringhi.
Bomba pecahkan cermin kereta selamatkan lelaki tidak sedarkan diri
Lelaki berusia 30 tahun tersebut didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Wanita berdepan detik cemas Myvi dihanyut arus deras
Dalam rakaman itu, seorang wanita dipercayai pemandu kereta berpaut pada Perodua Myvi berwarna kelabu yang dihanyutkan arus deras.
Terlelap sejenak, 'King' rempuh lima kenderaan
Siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Myvi berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan TTDI Groove 1/1 menghala ke rumahnya di Taman Jelok Indah selepas membuat kerja penghantaran barang
Lelaki maut nahas Myvi-lori balak di Temerloh
Seorang mangsa yang mengalami kecederaan berjaya keluar sendiri dari kereta Myvi.
Banjir: Bomba lancar SAR cari mangsa terbabas, terperangkap dalam kereta
Setakat 2 petang tadi, kerja-kerja pencarian masih diteruskan di kawasan Felda Nitar 2, yang juga lokasi mangsa dipercayai terbabas ke tebing jalan.
5 maut dalam kemalangan libatkan dua kenderaan di Kluang
Lima termasuk dua kanak-kanak maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 13, kawasan Kahang, Jalan Mersing, petang tadi.