KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyumbang barangan dan peralatan bernilai RM151,000 kepada dua hospital awam sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berterusan dalam meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan awam negara.
Syarikat pengeluar kereta itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, antara barangan yang disumbangkan ialah peralatan diagnostik, pemulihan, penjagaan pesakit, mesin dialisis dan hamper untuk para pesakit serta pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Selayang.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata hasrat syarikat adalah untuk membantu institusi yang memberi manfaat terbesar kepada semua rakyat Malaysia, seperti hospital kerajaan yang tersedia untuk semua.
"Kami percaya dalam membuat sesuatu perubahan, kami perlu konsisten dalam usaha kami dan kami amat berbangga kerana dapat membantu mereka yang bekerja dan berkhidmat tanpa jemu untuk negara.
"Kami akan terus bekerjasama dengan badan-badan seumpama ini pada masa akan datang kerana ini adalah cara terbaik untuk kami membalas sokongan yang telah diberikan kepada kami selama ini," katanya.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd JH Rozman Jaafar kepada pihak pengurusan hospital.
Setakat ini, Perodua telah menyumbang peralatan perubatan dan kesihatan kepada hospital-hospital awam di seluruh negara.
Ini termasuk Hospital Umum Sarawak, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya dan beberapa klinik komuniti di daerah Hulu Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022

Antara barangan yang disumbangkan ialah peralatan diagnostik, pemulihan, penjagaan pesakit, mesin dialisis dan hamper untuk para pesakit serta pasukan barisan hadapan. - Foto: Perodua

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.

Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.

SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis.

300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.

Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.

Dua individu termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Dua individu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api bulan lepas.

Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.

JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.