PUTRAJAYA: Risiko kerosakan hati, buah pinggang dan sindrom gangguan pernafasan akut adalah antara komplikasi teruk yang dihadapi golongan perokok yang dijangkiti COVID-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata data itu diperoleh melalui kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko komplikasi golongan perokok dijangkiti COVID-19 terhadap 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di seluruh negara dari 1 Februari hingga 31 Mei 2020.
Daripada 5,889 pesakit itu, seramai 791 individu adalah perokok dengan 773 daripadanya merupakan perokok lelaki (97.7 peratus) manakala 18 lagi (2.3 peratus) adalah wanita, dan 5,098 lagi bukan perokok, dengan majoriti berumur 30 tahun ke atas.
"Perbandingan yang telah dibuat antara golongan perokok dan bukan perokok menunjukkan bahawa golongan perokok berisiko hampir dua kali ganda mendapat komplikasi teruk berbanding bukan perokok," katanya pada sidang media mengenai hasil dapatan kajian tersebut di sini hari ini.
Kajian itu merupakan kerjasama KKM melalui Bahagian Kawalan Penyakit, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Institut Kesihatan Negara dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.
Beliau berkata penemuan kajian berkenaan juga selari dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 Jun lepas mengenai kesan rokok dan jangkitan COVID-19. (https://www.who.int/news-room/commentaries/detail/smoking-and-covid-19).
Ketua Sektor Kawalan Tembakau KKM dan Urusetia Pelan Tindakan Kawalan Tembakau Serantau (FCTC) Dr Nor Aryana Hassan ketika memperincikan hasil kajian itu, berkata daripada 791 perokok terbabit, mereka turut mempunyai sejarah penyakit kronik iaitu darah tinggi sebanyak 16.7 peratus, diabetes (12.3 peratus), masalah jantung (5.2 peratus) dan paru-paru kronik 1.1 peratus.
Menurut Dr Nor Aryana, kajian juga menunjukkan 14.2 peratus perokok merupakan pesakit COVID-19 kategori tiga iaitu mempunyai jangkitan paru-paru namun tidak memerlukan bantuan pernafasan, 4.4 peratus ialah kategori empat iaitu mempunyai jangkitan paru-paru dengan keperluan bantuan pernafasan manakala 1.6 peratus pesakit lagi adalah kategori lima iaitu kritikal.
Terdahulu, Dr Noor Azmi melancarkan perkhidmatan berhenti merokok mQuit fasa tiga iaitu dengan menambah baik perkhidmatan dalam talian https://jomquit.com/ sedia ada untuk memudahkan proses pendaftaran dan kebolehcapaian perkhidmatan tersebut.
Sebagai tambahan, katanya pembentukan Rakan Nasihat Komuniti (RNK) oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia akan membantu dalam memberi maklumat berkaitan perkhidmatan berhenti merokok melalui laman sesawang tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021

Perbandingan yang telah dibuat antara golongan perokok dan bukan perokok menunjukkan bahawa golongan perokok berisiko hampir dua kali ganda mendapat komplikasi teruk berbanding bukan perokok. - Gambar hiasan

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Merokok di premis: Tegur dengan tegas, elakkan bergaduh - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau cakna dengan aduan rakyat yang bimbang mungkin berlaku pergaduhan sekiranya perokok-perokok itu ditegur.

Kanser paru-paru: Saringan bersasar digalakkan, kesan penyakit lebih awal
Saringan kanser paru-paru bersasar digalakkan untuk mengesan penyakit lebih awal selain dapat dirawat dengan lebih berkesan.

Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM
Di bawah Akta 852, KKM akan memperketatkan larangan penjualan, pembelian dan penggunaan semua jenis produk merokok kepada orang belum dewasa (OBD) yang berumur kurang 18 tahun.

Keluarkan 'GEG tak masuk akal' dari RUU Kawalan Tembakau - Gagasan Belia
Katanya, RUU ini akan menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat sejagat sekiranya diterima dalam bentuknya yang sedia ada.

'Pendidikan mengenai cara berhenti merokok masih kurang'
Usaha ke arah itu masih kurang di sebalik pelaksanaan penguatkuasaan dan strategi tertentu, kata Khafidz.

Inisiatif pengurangan kemudaratan tembakau (THR) wajar dipertimbangkan, keberkesanan lebih tinggi
Langkah mengurangkan kemudaratan tembakau akibat tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dipertimbangkan oleh kerajaan.

Duti import gam nikotin wajar diturun atau dikecualikan - KKM
Duti import sebanyak 15 peratus yang akan dikenakan ke atas gam nikotin wajar diturun atau dikecualikan kerana produk itu membantu perokok berhenti merokok.

15 dikompaun merokok di premis makanan
Sebanyak 25 premis makanan diperiksa sepanjang operasi tersebut iaitu di sekitar Bazaar 8, Ayer@8, Presint 8, Presint 9, dan Presint Diplomatik.

Pandemik COVID-19 masa terbaik buang tabiat buruk merokok - Pakar
Sewaktu merokok, perokok akan mencederakan lapisan saluran udara serta paru-paru dan menyebabkan mereka mudah dijangkiti COVID-19.

Perokok dijangkiti COVID-19 berdepan komplikasi dua kali ganda lebih teruk
Data diperoleh daripada kajian terhadap 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di seluruh negara dari 1 Februari hingga 31 Mei 2020.