KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan merancang menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan Pertahanan sebagai antara usaha mencegah dan mengelak penyelewengan dalam pemerolehan aset di bawah kementerian itu.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata langkah itu seperti yang disyorkan di bawah Kertas Putih Pertahanan.
"Insya-Allah jawatankuasa ini akan berfungsi untuk menetapkan dasar dan membuat keputusan berkaitan perolehan aset khususnya bagi aset strategik bernilai tinggi yang memerlukan keputusan dibuat secara kolektif, selain daripada mengambil kira keperluan dan kehendak Angkatan Tentera Malaysia(ATM).
"Platform peringkat tertinggi ini akan membantu meningkatkan tahap kesiapsiagaan ATM dari segi kelengkapan," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) mengenai sama ada kementerian telah melakukan pengemaskinian prosedur dalam penganugerahan kontrak pembinaan kepada sesebuah syarikat lanjutan isu skandal kapal tempur pesisir (LCS).
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli berhubung garis masa persiapan LCS 1, Ikmal Hisham berkata buat masa ini, sebanyak 94 peratus reka bentuk terperinci telah disiapkan pihak kontraktor iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
"Mengenai reka bentuk terperinci, ia sedang dirunding BNS dengan Naval Group dari Perancis, ini penting bagi memastikan apa diputuskan kelak akan dapat memenuhi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai pengguna.
"Pihak Naval Group juga telah putuskan pasukan teknikalnya untuk lakukan audit terhadap reka bentuk terperinci tersebut bulan ini," katanya.
Menurutnya baki enam peratus yang masih belum disiapkan BNS hanya melibatkan reka bentuk terperinci bukan kritikal iaitu zon di atas permukaan air.
Ikmal Hisham turut memaklumkan isu berkenaan LCS akan dijawab Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan lebih lanjut di Dewan Rakyat pada minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata langkah itu seperti yang disyorkan di bawah Kertas Putih Pertahanan. - Bernama
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.
CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Yoon yang menghadapi proses pendakwaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.
Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.
Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera.
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Negeri Sembilan tawar ansuran bayaran premium Kem Syed Sirajuddin
Aminuddin berkata kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dapat memastikan penggunaan tanah yang berkesan.
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.