KUALA LUMPUR: Gerakan koperasi mencatatkan perolehan mencecah RM64 bilion pada tahun lepas, melebihi sasaran RM60 bilion yang ditetapkan pada 2025 dalam Dasar Koperasi Malaysia 2030.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata pencapaian itu menyaksikan sasaran perolehan ditetapkan Dasar Koperasi Malaysia 2030 berjaya dicapai dua tahun lebih awal.
"Saya ucap tahniah pada agensi-agensi yang terlibat khususnya gerakan koperasi di Malaysia kerana berjaya mencapai sasaran ini," katanya dalam sidang media Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1/2024 di sini hari ini.
Dasar Koperasi Malaysia 2030 yang memetakan hala tuju gerakan koperasi sehingga 2030 antara lain menetapkan sasaran perolehan RM60 bilion pada 2025 dan RM73 bilion pada 2030.
Mesyuarat yang dipengerusikan Ewon hari ini memberi tumpuan dalam menentukan hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara serta mempertingkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam sektor itu.
Mesyuarat berkenaan juga membincangkan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan gerakan koperasi supaya terus relevan sebagai penyumbang pembangunan sosioekonomi negara.
Mesyuarat itu turut disertai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan, Exco kerajaan negeri, wakil gerakan koperasi, wakil industri dan ahli akademik.
Ewon turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dalam pemberian insentif kepada gerakan koperasi di negeri seperti dilakukan Johor yang memperuntukkan insentif RM300,000, Perak (RM620,000) dan Melaka (RM100,000).
Sementara itu Ewon berkata kementeriannya akan melancarkan Koperasi Pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 iaitu inisiatif baharu dengan koperasi-koperasi menyediakan perkhidmatan dalam sektor pelancongan pada 16 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
![Perolehan gerakan koperasi cecah RM64 bilion, capai sasaran dua tahun lebih awal - Ewon Perolehan gerakan koperasi cecah RM64 bilion, capai sasaran dua tahun lebih awal - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715600027_TBEwonBenedick.jpg)
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1/2024 yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat, hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Majlis perayaan bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Cabul kanak-kanak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas 8 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Februari 2025
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
![PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739021344_NancyShukri.jpg)
PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.
AWANI Borneo [8/2/2025] – 11 hari tidak surut|Siasatan projek mineral|Pelancaran satelit pertama Sarawak
Awani Borneo Sabtu, 8 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739021060_BanjirKinabatangan.jpg)
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,082 orang berbanding 3,454 orang sebelum ini.
![Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732174726_TBONNHAFIZ.jpg)
Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![Perolehan gerakan koperasi cecah RM64 bilion, capai sasaran dua tahun lebih awal - Ewon Perolehan gerakan koperasi cecah RM64 bilion, capai sasaran dua tahun lebih awal - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715600027_TBEwonBenedick.jpg)
Perolehan gerakan koperasi cecah RM64 bilion, capai sasaran dua tahun lebih awal - Ewon
Gerakan koperasi mencatatkan perolehan mencecah RM64 bilion pada tahun lepas, melebihi sasaran RM60 bilion yang ditetapkan pada 2025 dalam Dasar Koperasi Malaysia 2030.
![ANGKASA anjur Kongres Koperasi Kebangsaan selepas 55 tahun ANGKASA anjur Kongres Koperasi Kebangsaan selepas 55 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709135898_DrAbdulFattahAbdu.jpg)
ANGKASA anjur Kongres Koperasi Kebangsaan selepas 55 tahun
Selepas kali terakhir diadakan pada 1969, Kongres Koperasi Kebangsaan akan kembali dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) buat kali ketiga pada 23 Jun ini.
![Gerakan koperasi adalah agenda ekonomi rakyat yang perlu disokong, diperkasakan - PM Anwar Gerakan koperasi adalah agenda ekonomi rakyat yang perlu disokong, diperkasakan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700841506_AnwarIbrahim.jpg)
Gerakan koperasi adalah agenda ekonomi rakyat yang perlu disokong, diperkasakan - PM Anwar
Gerakan koperasi adalah sebuah agenda ekonomi rakyat yang jelas serta agenda reformasi yang perlu disokong dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Gerakan koperasi perlu berani terokai teknologi hijau Gerakan koperasi perlu berani terokai teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642422602_MOU.jpg)
Gerakan koperasi perlu berani terokai teknologi hijau
Gerakan koperasi di negara ini perlu mengambil langkah berani dalam menerokai teknologi hijau seiring dengan peralihan minat masyarakat dunia ketika ini.
![TransKoM 2021-2025 pemacu pembangunan koperasi - Perdana Menteri TransKoM 2021-2025 pemacu pembangunan koperasi - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61617095545_TransKoM.jpg)
TransKoM 2021-2025 pemacu pembangunan koperasi - Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin berkata pelan itu dapat memacu pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing sekali gus memberi manfaat kepada sosioekonomi rakyat.