PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan perolehan picagari jenis low dead-volume yang diperlukan bagi menjalankan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dengan syarikat tempatan dan luar negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata picagari jenis itu diperlukan dan bersesuaian untuk vaksin berkenaan kerana mampu mengelakkan pembaziran serta memaksimumkan jumlah dos yang akan diberikan khususnya pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 26 Feb ini.
"Pemberian vaksin perlu dibuat dengan teliti kerana kita perlu elakkan pembaziran dan picagari ini juga memenuhi spesifikasi yang diminta oleh syarikat Pfizer," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan satu juta peralatan perlindungan diri (PPE) daripada Eu Smart Solution Holdings Sdn Bhd di sini hari ini.
Picagari low dead-volume amnya merujuk kepada picagari sifar pembaziran, sekali gus memastikan penerima suntikan menerima keseluruhan dos vaksin yang diperlukannya.
Sabtu lepas, Dr Adham dilaporkan berkata KKM memerlukan 12 juta picagari jenis low dead-volume bagi membuat suntikan terhadap 20 peratus atau enam juta penerima fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Sementara itu, Dr Adham berkata picagari jenis low dead-volume akan ditempatkan di semua lokasi pemberian vaksin yang telah dikenal pasti di seluruh negara.
"Untuk pemberian vaksin ini, kita perlu ada peralatan selengkapnya dan saya yakin dengan semua persiapan yang ada, kita akan dapat laksanakan pemberian vaksin dengan cermat yang seterusnya dapat lindungi masyarakat daripada COVID-19," katanya.
Dr Adham berkata sebanyak 6,542,418 ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen telah dijalankan sejak 24 Jan 2020 sehingga Sabtu lepas (6 Feb).
Beliau berkata ujian yang dijalankan itu telah membantu KKM dalam mengesan kes positif dengan pantas serta membolehkan pengesanan kontak dibuat dengan cepat.
"Saya memohon mereka yang ada kontak rapat dengan kes positif untuk memberikan maklumat lengkap kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi membolehkan tindakan memutuskan transmisi COVID-19 dapat dijalankan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021

Dr Adham bersama patung yang memperagakan pakaian Peralatan Pelindung Diri semasa majlis penyerahan bantuan sejuta helai PPE itu untuk kegunaan petugas barisan hadapan kesihatan daripada Eu Smart Solution Holdings Sdn. Bhd. hari ini - Foto BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.