Seorang lelaki meminta maaf secara lisan dan meletakkan nota permintaan maaf selepas memecah masuk dan merompak jirannya di sebuah pangsapuri Jalan Tun Abdul Razak di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata lelaki berumur 29 tahun itu memecah masuk rumah jirannya yang merupakan seorang guru wanita kira-kira pukul 4.45 pagi.
Katanya, mangsa berumur 28 tahun yang sedang tidur di ruang tamu rumah terjaga apabila terdengar bunyi bising sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba menindih belakang badannya.
"Lelaki itu mengacukan pisau ke leher mangsa dan menyumbat kain ke dalam mulut. Suspek kemudian menghentak kepala mangsa dengan kuat sehingga menyebabkannya lemah dan hampir pengsan.
Apabila melihat keadaan mangsa lemah, lelaki itu memperkenalkan dirinya bahawa dia jiran sebelah rumah. Mangsa kemudian menyerahkan beg duit miliknya kerana takut dirinya diapa-apakan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Menurut Mohd Ali, sebelum beredar melalui tingkap stor rumah terbabit, suspek memberitahu mangsa bahawa dia telah mengambil duit mangsa berjumlah RM1,400 serta meminta maaf dan memohon supaya mangsa tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
"Setelah lelaki itu beredar, mangsa mengemas rumah dan menjumpai satu nota permintaan maaf yang diletakkan lelaki terbabit di bahagian bawah pintu rumah mangsa," katanya.
Mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang sedang bekerja supaya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, katanya.
Mohd Ali berkata polis berjaya menangkap suspek hari ini dan merampas wang tunai berjumlah RM1,400, pemotong dawai dan telefon bimbit milik suspek.
"Suspek ditahan reman selama lima hari mulai hari ini,"katanya sambil menambah mangsa telah dua tahun mengenali suspek sebagai jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 01 2018
![Perompak letak nota mohon maaf selepas samun jiran Perompak letak nota mohon maaf selepas samun jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517482106_MohdAliTamby.jpg)
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata lelaki berumur 29 tahun itu memecah masuk rumah jirannya yang merupakan seorang guru wanita kira-kira pukul 4.45 pagi.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728450077_HandcuffGari.jpg)
Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.
![Pecah masuk kedai, curi: Tiga lelaki dihadapkan di lima Mahkamah Majistret Pecah masuk kedai, curi: Tiga lelaki dihadapkan di lima Mahkamah Majistret](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Pecah masuk kedai, curi: Tiga lelaki dihadapkan di lima Mahkamah Majistret
Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar dihadapkan ke lima Mahkamah Majistret atas pertuduhan pecah masuk kedai runcit dan mencuri kenderaan antara Ogos dan Oktober ini.
![Lelaki mengaku curi tandas duduk emas bernilai RM286 juta Lelaki mengaku curi tandas duduk emas bernilai RM286 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712188321_TBTandasemas.jpg)
Lelaki mengaku curi tandas duduk emas bernilai RM286 juta
Tandas yang diberi nama 'America' telah dicipta oleh seorang artis seni Itali yang terkenal, Maurizio Cattelan.
![Dua lelaki ditahan curi, jual penukar bermangkin ekzos Dua lelaki ditahan curi, jual penukar bermangkin ekzos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674883241_LogoPDRM.jpg)
Dua lelaki ditahan curi, jual penukar bermangkin ekzos
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an itu ditahan di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh, semalam.
![Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649247488_TBGARI.jpg)
Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel
Kejadian itu disyaki membabitkan tiga suspek yang telah mencuri barangan kenderaan di premis tersebut.
![OKU rugi RM4,000, amah larikan barang kemas OKU rugi RM4,000, amah larikan barang kemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673716564_PolisLogoPolisP.jpg)
OKU rugi RM4,000, amah larikan barang kemas
Mangsa telah membayar gaji sebanyak RM1,200 kepada suspek yang diambil bekerja awal bulan Disember tahun lepas.
![Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51672763569_TBCURIATM.jpg)
Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM
Polis menahan seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan selepas disyaki terbabit dalam kes curi wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) di sebuah institusi pengajian di Bestari Jaya.
![Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672195835_curi.jpg)
Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas
Polis menumpaskan geng curi barangan kosmetik dan pakaian kanak-kanak di pasar raya dengan tertangkapnya lima individu termasuk empat wanita dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
![Lelaki curi cermin mata berjenama dipenjara 6 bulan Lelaki curi cermin mata berjenama dipenjara 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672124379_curicerminmata.jpg)
Lelaki curi cermin mata berjenama dipenjara 6 bulan
Tertuduh turut didakwa melakukan khianat dan melanggar dua pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menggunakan sebuah kereta.
![Lelaki miliki 20 rekod jenayah lampau ditahan Lelaki miliki 20 rekod jenayah lampau ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663540297_LelakiRekodJenayah.jpg)
Lelaki miliki 20 rekod jenayah lampau ditahan
Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.