Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah bahawa perpaduan adalah satu perkara yang amat berharga kepada negara dan tidak boleh dijual beli.
Dalam hal ini, baginda berharap dan berdoa agar semua pihak sedar akan kepentingan untuk memelihara kesatuan dan perpaduan sesama kita.
"Jika yang retak menjadi belah dan genting menjadi putus, segalanya yang terbina selama 60 tahun ini, akan hancur binasa dan tidak ada ertinya lagi," titah Tuanku Abdul Halim pada majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahannya di Istana Negara di sini, malam ini.
Dalam titahnya, Tuanku Abdul Halim turut berkongsi pengalamannya berada di dua era pemerintahan iaitu ketika Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan sekarang anaknya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tuanku Abdul Halim berkata dalam pengamatan baginda, terdapat beberapa kesamaan yang jelas antara kedua-dua mereka.
"Antaranya, Allahyarham Tun Razak adalah seorang yang lemah lembut, bersopan santun, berdisiplin, tidak banyak bicara, namun sangat gigih bekerja untuk membangunkan negara yang ketika itu masih bertatih dan menapak untuk menuju kemajuan.
"Apatah lagi pada masa itu, untung nasib orang-orang Melayu dan bumiputera masih berada dalam keadaan tidak teratur dan terumbang-ambing. Justeru menuntut kepada kepimpinan Allahyarham Tun Razak yang cekap dan berwibawa," titah baginda.
Seri Paduka bertitah berkat ikhtiar dan perencanaan yang begitu bersifat jangka panjang oleh Tun Razak, maka tertubuhlah pelbagai agensi serta institusi bumiputera seperti Mara, Felcra, UDA, RISDA, Pernas dan Bank Bumiputera serta yang paling berjaya hingga dikagumi oleh dunia luar adalah Felda.
"Alhamdulillah, tampaknya penerajuan Felda kekal diteruskan oleh anakandanya, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib," titah baginda.
Tuanku Abdul Halim turut berkongsi mengenai krisis antara kaum di zaman Tun Razak yang dinyalakan apinya oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, sehingga membawa kepada kemuncaknya Tragedi Hitam 13 Mei 1969.
Namun, titah baginda, krisis itu telah berjaya ditangani dengan baik dan lancar sehinggalah negara keseluruhannya kembali berada dalam keadaan selamat dan aman.
Tuanku Abdul Halim bertitah, Dasar Ekonomi Baru yang digagaskan Tun Razak yang bertujuan meningkatkan sosio ekonomi Melayu Bumiputera dan mengimbangi jurang antara kaum dan telah menjangkau lebih 30 tahun secara keseluruhannya telah mencapai objektifnya.
Menurut baginda, kini dasar yang bermakna tersebut berkesinambungan wawasan demi wawasan, sehingga ke era pentadbiran Najib hari ini.
Di akhir titah, baginda melahirkan rasa terima kasih, tahniah dan syabas kepada kerajaan yang dipimpin Najib atas segala sokongan dokongan yang dirafakkan kepada baginda selaku Ketua Negara semasa penggal pemerintahan ini.
"Beta dan Raja Permaisuri berdoa kehadrat Allah agar kerajaan dan rakyat jelata akan kekal dilimpahi nikmat keamanan, makmur, dan sentosa dalam ikatan yang padu untuk selama-lamanya demi Malaysia tercinta," titah baginda.
Lebih 500 tetamu hadir ke majlis itu, antaranya termasuk menteri-menteri Kabinet, pegawai tinggi kerajaan dan perwakilan asing.
Tuanku Abdul Halim tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pada 12 Dis ini.
Seri Paduka mencatat sejarah negara dengan ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua pada 2011 selepas ditabalkan buat pertama kali pada 1970.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim.
Mesyuarat Ke-243 (Khas) Majlis Raja-Raja memilih Sultan Muhammad V sebagai Ketua Negara berkuat kuasa 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2016
AGONG: perpaduan adalah satu perkara yang amat berharga kepada negara dan tidak boleh dijual beli. - Gambar Bernama
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.