PUTRAJAYA: Kepelbagaian dan perpaduan unik rakyat Malaysia telah membangkitkan perasaan kagum dalam kalangan warga asing yang hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Nathan Van Beers, 19, dari Belanda berkata beliau banyak mendengar mengenai perayaan itu dan teruja untuk menyaksikan sendiri sambutan itu yang dapat mengimbau kenangan indah negaranya.
"Saya kagum melihat rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum boleh berkumpul dan meraikan sambutan ini bersama-sama.
"Saya amat teruja. Orang Malaysia sangat baik dan cantik, pakaian yang berwarna-warni, kereta dan semuanya adalah menyeronokkan... Saya suka dan saya lebih meminati kontinjen tentera dan formasi jet," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Berpakaian tradisional Melayu, pemuda Belanda itu yang ditemani dua rakannya, Leon Quist, 19, dan Luka Heijligers, 18, trio pelajar pertukaran Universiti Taylor itu mendapat perhatian warga tempatan untuk berswafoto dengan mereka.
Mengenai pemakaian baju Melayu, Beers berkata mereka mahu menampilkan kelainan dan bergabung dengan masyarakat tempatan sambil merasai sendiri pengalaman terbaik menyambut Hari Kebangsaan ala Malaysia.
Bagi Le Hang Ling, 30, warga Vietnam berkata beliau tiba pada 5.30 pagi di Dataran Putrajaya dengan harapan untuk mendapatkan kedudukan terbaik.
"Saya membuat keputusan untuk datang ke sini hari ini bukan hanya untuk menyaksikan sambutan ini tetapi juga untuk melawat ibu kota pentadbiran Malaysia. Teruja melihat kepelbagaian dan budaya Malaysia yang berwarna-warni," kata wanita itu.
Timbalan ketua misi Croatia, Ljiljana Vinkovic berkata sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini merupakan pengalaman kali kedua baginya.
"Ia lebih menarik pada tahun ini. Persembahan yang sangat mengagumkan serta budaya yang indah dan pelbagai," kata wanita itu kepada Bernama.
Hadir dengan memakai batik untuk menyemarakkan lagi sambutan itu beliau berkata: "Ia adalah sangat istimewa bagi saya berpeluang untuk meraikan bersama rakyat Malaysia sambutan yang penuh bermakna ini."
Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Panglima Udara Marshal Sumangala Dias berkata beliau kagum dengan semangat perpaduan yang dipamerkan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat bersama-sama meraikan sambutan itu.
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata beliau berbesar hati dapat meraikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang turut meraikan hari jadinya hari ini.
"Saya gembira dapat meraikan sambutan Hari Kebangsaan bersama rakyat Malaysia dan mendoakan semoga anda semua mencapai kemajuan dan kemakmuran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
![Perpaduan dan kepelbagaian Malaysia tarik warga asing rai Hari Kebangsaan Perpaduan dan kepelbagaian Malaysia tarik warga asing rai Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693477466_TBMalaysiaMADANI.jpg)
Ramai pelancong asing kagum melihat rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum berkumpul dan meraikan sambutan bersama. - Bernama
!['Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel 'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738886338_TBEhudOlmert.jpg)
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
![Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737420878_tbPresidentDonaldT.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC
Tindakan tersebut diambil susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
![Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881205_TBpati.jpg)
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
Presiden Iran sahkan tidak bangunkan senjata nuklear
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan Iran tidak mengejar senjata nuklear dan proses pengesahan adalah mudah. Kenyataannya dibuat selepas Donald Trump nyatakan hasrat perjanjian damai nuklear.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
Marcelo umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo, pada Khamis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
UNRWA berdepan ancaman kewujudan selepas larangan Israel
UNRWA terus beroperasi di Gaza meskipun diharamkan oleh Israel. Pesuruhjaya Philippe Lazzarini menegaskan agensi itu kekal memberi bantuan kepada pelarian Palestin walaupun berdepan tekanan global.
![Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732948984_TBMohdYusoffMamat.jpg)
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
![Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.
![PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737345988_AnwarIbrahim.jpg)
PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan
Anwar menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.
![Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737321306_AnwarIbrahim.jpg)
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.
![PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737305341_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
![Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737156858_AnwarIbrahim.jpg)
Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar
Rakyat Malaysia di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air, kata Perdana Menteri.
![Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736827149_Penyanyiwanita.jpg)
Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat
Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.
![Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736751201_TBPATTANI.jpg)
Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand
Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand, pagi Isnin.
![Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini
Kementerian Luar Malaysia - melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat - sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles.
![Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736234889_tbearthquakeTibet.jpg)
Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal.