Memupuk perpaduan harus bermula dari sekolah di mana usaha dapat dilakukan untuk memupuk nilai-nilai keharmonian antara kaum, perpaduan dan kedamaian, kata pemegang amanah Yayasan Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata para guru perlu menggunakan kreativiti dan kemahiran bagi menarik minat pelajar semua kaum untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dalaman atau luaran yang meningkatkan integrasi kaum dan membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain untuk membina persahabatan yang kekal.
"Sebagai pemimpin masa depan negara, adalah para penting pelajar menjalin hubungan rapat walaupun terdapat perbezaan dari segi bangsa, budaya dan agama," katanya sempena Hari Kebangsaan 2018.
Pada masa yang sama, Lee juga menggalakkan ibu bapa untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai positif seperti kejujuran, integriti, toleransi dan ketekunan untuk memberi inspirasi kepada anak-anak mereka untuk meniru tingkah laku yang baik yang akan membantu mereka membina negara yang stabil.
Beliau berkata perpaduan dan integrasi negara boleh menjadi lebih kuat dan lebih bersemangat menerusi pemanfaatan nilai patriotisme.
"Patriotisme perlu ditanamkan semasa zaman kanak-kanak kerana apabila kanak-kanak suka kediaman dan negara mereka, mereka akan membesar dengan menghargai warisan mereka, kepelbagaian, sejarah dan berusaha memperbaiki Malaysia dalam semua aspek," katanya.
Sementara itu, Lee berkata tujuan Wawasan 2020 bukan sahaja menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian sepenuhnya dalam erti ekonomi tetapi juga untuk memastikan ia sepenuhnya dibangunkan dari semua aspek termasuk dari dimensi moral dan etika.-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 31 2018

Patriotisme perlu ditanamkan semasa zaman kanak-kanak kerana apabila kanak-kanak suka kediaman dan negara mereka, mereka akan membesar dengan menghargai warisan mereka. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik
Aaron berkata, konsep Bangsa Malaysia sering kali disalah tafsir sebagai sentimen perkauman, sekali gus menjadi cabaran utama.

Menginstitusikan bangsa Malaysia: Menguat atau melemahkan federalisme?
Rentetan peristiwa itu, pada saya merupakan bibit-bibit antagonis kepada fundamental dan sains politik negara ini. Ada yang lupa negara kita ini berbilang kaum dan agama.

Perpaduan harus bermula dari sekolah - Lee Lam Thye
Sejauh mana pendidikan mampu memupuk semangat integrasi kaum seterusnya mencetuskan persahabatan merentas etnik yang kekal dan kukuh?

'Malaysia Baharu' tiada makna tanpa 'pembaharuan manusia'
Kita harus buktikan bahawa agama bukan penghalang, tetapi sebaliknya pendorong kepada pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu.

Belia mahu TN50 bentuk identiti 'Bangsa Malaysia' - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kebanyakan sesi dialog yang dihadirinya menekankan isu sama oleh belia selain menekankan kepentingan toleransi rakyat.