GEORGE TOWN: Perpustakaan Komuniti (PK) Batu Ferringhi bertujuan menyediakan ruang selamat untuk pengunjung mendapatkan ilmu dalam pelbagai bidang dengan membaca serta mengurangkan asimetri maklumat bagi golongan kurang berkemampuan.
Malah, ia juga mempromosi pembelajaran bagi membantu pembaca membuka minda kepada pelbagai perspektif.
Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi, yang ditubuhkan lebih sebulan lalu, dipercayai satu-satunya perpustakaan yang mudah diakses oleh penduduk tempatan di destinasi percutian pantai popular di Pulau Pinang.
Pengasasnya, Laura Joseph, 53, berkata, terdapat beberapa halangan dalam menubuh dan mengurus perpustakaan tersebut tetapi segala permasalahan dapat diatasi dengan kerjasama dan sokongan komuniti tempatan.
"Proses penubuhan perpustakaan ini bermula April lalu dan dilancarkan sejak sebulan lalu. Masyarakat setempat membantu dalam mengumpul dana dan dalam tempoh tiga hari sahaja, berjaya memperoleh dana berjumlah RM9,000.
"Aspirasi kami adalah untuk mewujudkan tempat selamat untuk masyarakat khususnya kanak-kanak supaya mereka boleh melakukan aktiviti berfaedah yang boleh membantu mereka mengembangkan minda dan kemahiran insaniah di samping menghindakkanak-kanak daripada masalah," katanya kepada Bernama.
Laura, seorang pengajar bahasa Inggeris, berkata perpustakaan itu kini dilengkapi dengan lebih 5,000 buku pelbagai genre, serta video cakera digital (DVD) kanak-kanak sumbangan komuniti Batu Ferringhi.
Pada masa ini, katanya, perpustakaan itu hanya beroperasi pada hujung minggu di mana pelawat boleh menyertai aktiviti percuma seperti sesi bercerita oleh artis suara, kelas seni untuk golongan muda dan warga emas serta bengkel robotik untuk kanak-kanak.
Beliau berharap untuk membuka perpustakaan itu setiap hari apabila berjaya mendapatkan lebih banyak dana serta lebih ramai sukarelawan untuk membantu melaksanakan aktiviti tersebut.
Di samping itu, beliau juga berharap dapat bekerjasama dengan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang dan belajar kaedah mengkatalogkan buku-buku supaya pelawat boleh mula meminjamnya.
Beliau memasang impian besar untuk melihat kewujudan perpustakaan tanpa mengira saiz di setiap perbandaran.
"Perpustakaan tidak seharusnya ditakrifkan sebagai sudut sunyi untuk buku dan ulat buku.Di bahagian lain di dunia, perpustakaan perlahan-lahan berkembang menjadi pusat komuniti dan itulah yang kami cita-citakan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022

Laura (kanan) berbual bersama pengerusi perpustakaan T. Kamalendren di PK Batu Ferringhi, yang kewujudannya diharap dapat menggalakkan pembelajaran bagi membantu pembaca membuka minda mereka kepada pelbagai perspektif. - Bernama

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi sedia lebih daripada bahan bacaan
Kemudahan itu mempromosi pembelajaran bagi membantu pembaca membuka minda kepada pelbagai perspektif.