KUALA LUMPUR:Keputusan pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi (KIP) untuk bersara daripada sukan permotoran adalah perkara di luar jangka kerana beliau masih berpotensi untuk pergi lebih jauh di pentas antarabangsa.
Rakan seperjuangan yang juga pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah berkata agak terkejut dengan keputusan dibuat pelumba berusia 22 tahun yang pernah menjuarai kategori Moto3 bersama pasukan Honda Team Asia pada Grand Prix (GP) Agentina dan GP Jerman pada 2016.
"Bagi saya, keputusan KIP untuk bersara memberi sedikit kesan kepada sukan permotoran negara, termasuk keluarga beliau sendiri yang mahu melihat beliau berjaya (dalam karier permotoran).
"Beliau seorang pelumba yang berbakat, dan senang menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu," katanya kepada Bernama hari ini.
Hafizh Syahrin yang sah mewakili pasukan NTS RW Racing GP musim depan berkata kecederaan jari kelengkeng dialami Khairul Idham atau dikenali dengan nama julukan Super KIP pada musim lepas adalah salah satu sebab menyukarkan pelumba itu kembali kepada prestasi asalnya.
KIP pernah menjalani pembedahan di jari kelengkeng pada Ogos 2019 selepas terlibat dalam kemalangan pada sesi latihan bebas GP Sepanyol dan mengambil keputusan memotong sebahagian daripada jari berkenaan Ogos tahun ini di Barcelona, Sepanyol setelah kecederaan jarinya bertambah teruk susulan kemalangan ketika menyertai GP Republik Czech.
Baru-baru ini, Khairul Idham mengejutkan sukan tanah air apabila mengumumkan persaraannya daripada sukan permotoran selepas khidmatnya tidak disambung oleh Petronas Sprinta Racing pada musim hadapan.
Beliau gagal meraih sebarang mata dalam 13 perlumbaan Moto3 yang disertai pada musim ini bersama pasukan Petronas Sprinta Racing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020
Khairul Idham ketika meraikan kejuaraan di podium selepas menang perlumbaan Moto3 di Grand Prix Argentina pada 3 April 2016. - Gambar fail
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Warga Thailand antara tebusan yang dibebaskan
Warga Thailand yang dibebaskan dalam siri perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dikenali sebagai Watchara Sriaoun.
Gencatan Senjata: Hampir 500,000 warga Palestin pulang ke Utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan persekolahan bukti kerajaan ikhtiar bantu rakyat - Shamsul Iskandar
Peruntukan sebanyak RM200,000 disediakan bagi pelaksanaan pemberian baucar kelengkapan sekolah kepada 2,000 pelajar dalam Parlimen Tambun, hari ini.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
Bercakap di White House pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Usaha pemuliharaan Myanmar selamatkan populasi harimau Bengal yang terancam
Harimau Benggala (Panthera tigris) adalah spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Sejak ditayangkan, filem ini telah mencatatkan kutipan RM1.65 juta pada hari pertama tayangannya, meraih gelaran Juara Box Office pada hari pertama tayangan
KIP berjaya jalani surgeri jari di Sepanyol
Surgeri selama dua jam itu bertujuan menstabilkan kecederaan pelumba Petronas Sprinta Racing itu di Spanish Grand Prix pada Mei.