Persatuan Alumni GPMS Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini membuat laporan polis bagi membantah tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang mahu kemasukan universiti itu dibuka kepada semua kaum.
Presiden persatuan itu Muhamad Akmal Mohd Dahalan berkata tuntutan Hindraf dilihat sebagai cubaan menghasut selain boleh mewujudkan ketegangan antara kaum di negara ini.
"Kami memandang serius tuntutan ini yang jelas bertentangan dengan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta menetapkan bahawa kemasukan UiTM adalah khusus untuk orang Melayu dan Bumiputera.
"Tuntutan ini menimbulkan rasa kurang senang kaum Melayu dan Bumiputera. Justeru itu, kami menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap kenyataan Hindraf itu yang mana dilihat boleh mewujudkan ketegangan kaum, sekali gus boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, pada Selasa.
Selain itu, enam lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir dan berhimpun secara aman di perkarangan IPD itu bagi menggesa pihak polis mengeluarkan arahan terhadap pihak berkenaan supaya tidak mengeluarkan lagi kenyataan berhubung isu tersebut.
Ia adalah Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Alumni GPMS, Engineering Society UiTM, Persatuan Alumni MPP UiTM (PIMPIN) dan Alumni UiTM Perlis.
"Kami juga menyeru kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana menteri Tun Mahathir Mohamad agar tidak meluluskan tuntutan Hindraf itu," kata Muhamad Akmal.
Sementara itu,. Presiden GPMS Zamri Mohd Isa pula berkata kesemua wakil NGO itu bercadang menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam waktu terdekat untuk memohon supaya UiTM diletakkan di bawah perlindungan Majlis Raja-raja Melayu.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi mempertahankan institusi pendidikan bumiputera itu daripada diganggu-gugat pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Dengan cara ini (meletakkan UiTM di bawah Majlis Raja-raja), kami berharap isu sebegini tidak berulang sekali gus mengekalkan peranan dan fungsi UiTM," katanya.
Semalam, Hindraf menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dengan menyenaraikan 25 cadangan bagi menangani isu yang dihadapi golongan B75 masyarakat India termasuk pengambilan mandatori 15 peratus pelajar kaum itu ke universiti awam termasuk UiTM.
--BERNAMA
Bernama
Tue May 29 2018

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta menetapkan bahawa kemasukan UiTM adalah khusus untuk orang Melayu dan Bumiputera. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.

Hina B40: Isu pensyarah, pelajar boleh selesai cara baik - GPMS
GPMS menyeru agar semua pihak kekal bertenang untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan baik.

Perak sedia bantu mahasiswa terjejas penangguhan pendaftaran
Razman Zakaria berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa pelajar berkaitan dengan arahan baharu Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) itu.

Titah penuh Sultan Nazrin Shah yang perlu dihayati oleh orang Melayu
Orang Melayu yang gagal melakukan pengubahsuaian minda untuk menghadapi senario baru, dibimbangkan akan menghadapi nasib pupus seperti dinosaur.

Persatuan Alumni GPMS UiTM buat laporan polis terhadap Hindraf
Persatuan Alumni GPMS Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis bagi membantah tuntutan Hindraf.

'Fun With English' bantu pelajar kuasai bahasa Inggeris
Kerajaan Perlis akan menganjurkan program "Fun With English" (FWI) bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris bermula tahun depan.

TPM sokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan
Timbalan Perdana Menteri menyokong cadangan GPMS supaya Suruhanjaya Pendidikan diwujudkan bagi memastikan pemerkasaan dan kesinambungan pelaksanaan dasar pendidikan negara.

Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.

GPMS desak PM tolak gesaan pihak mahu UEC diiktiraf
GPMS turut meragui ketelusan UEC kerana ia tidak dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia tetapi badan persendirian Cina.

Melayu perlu terus memperkasa pendidikan - PM Najib
Menerusi Dasar Pendidikan Negara serta komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara, ia kekal menjadi teras utama dalam agenda pembangunan negara.