KUALA LUMPUR: Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig demi menjaga kebajikan penggiat ekonomi gig, terutama penggiat p-hailing.
Dalam kenyataan hari ini, persatuan itu turut mengesa kerajaan mengambil langkah jangka pendek mengenai isu terkini yang sedang dihadapi penunggang p-hailing, terutama berkaitan pengurangan kadar bayaran upah.
"Kami menyeru kerajaan mengambil tindakan dan campur tangan dalam isu berkaitan p-hailing, hanya pihak kerajaan boleh merangka dan mengeluarkan polisi atau garis panduan meliputi keseluruhan ekosistem ekonomi gig p-hailing," menurut persatuan itu.
Kenyataan itu turut menggesa syarikat perkhidmatan p-hailing GrabFood Malaysia mengembalikan kadar bayaran upah asal kepada penunggang secara serta-merta, menggantikan kadar upah baharu yang dilihat berkurangan secara drastik.
Menurut persatuan itu keputusan penurunan kadar bayaran upah berkenaan dibuat Grabfood secara tergesa-gesa tanpa berbincang bersama penunggang, dan ia disifatkan sebagai tidak menghormati perbincangan berkaitan hal ini bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"Isu ini pernah disuarakan terus kepada Perdana Menteri pada sesi Temu Anwar di Petaling Jaya, malah perbincangan dengan semua syarikat penyelia p-hailing di Malaysia bersama Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan, Menteri Sumber Manusia dan Menteri Komunikasi juga telah diadakan di Pejabat Perdana Menteri.
"Ketika itu semua syarikat penyelia termasuk Grabfood bersetuju mengkaji semula kadar upah diterima penunggang mereka, namun amat mengecewakan isu ini masih berlaku malah kadar upah yang diberikan kini sangat rendah selain kaedah pengiraan kadar bayaran juga tidak jelas," menurut persatuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig. - foto FB Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad
Satu lagi bom tinggalan Perang Dunia Kedua di Sabah dimusnahkan
Bahan letupan jenis lama 'Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb' yang dipercayai masih aktif, dimusnahkan dengan tiga kali letupan secara berperingkat mulai jam 11.55 pagi hingga 1.25 tengah hari semalam.
Khaled Nordin lawat Kapal Pengangkut Pesawat Tentera Laut Perancis CDG
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Ahad melakukan lawatan ke kapal pengangkut Pesawat Tentera Laut Perancis Charles de Gaulle (CDG) yang sedang melalui perairan negara di Laut China Selatan.
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan sempena Aidilfitri dan nyepi
Dengan jutaan rakyat Indonesia bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri, kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Tiada perbincangan dengan Zelenskiy selepas pertemuan - AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengesahkan bahawa beliau belum berbincang dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, sejak pertemuan di Pejabat Oval pada Jumaat lalu bersama Presiden Donald Trump.
Rubio turut memaklumkan bahawa beliau belum berhubung dengan Menteri Luar Ukraine, selepas pertemuan di White House yang berlangsung dalam suasana tegang.
Rubio turut memaklumkan bahawa beliau belum berhubung dengan Menteri Luar Ukraine, selepas pertemuan di White House yang berlangsung dalam suasana tegang.
UK, Perancis bekerjasama dengan Kyiv rangka pelan damai Ukraine - Starmer
Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengumumkan bahawa United Kingdom (UK) dan Perancis akan bekerjasama dengan Ukraine untuk merangka pelan damai yang akan dikemukakan kepada Amerika Syarikat (AS).

UK benarkan Ukraine guna 1.6 bilion pound untuk beli peluru berpandu baharu
Kerajaan UK benarkan Ukraine guna 1.6 bilion pound dana kewangan eksport untuk beli lebih 5,000 peluru berpandu pertahanan udara.
Mesir bentang rancangan bina semula Gaza di sidang Arab
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, mengesahkan bahawa rancangan pembinaan semula Gaza telah siap dan akan dibentangkan pada sidang kemuncak tergempar Liga Arab di Kaherah pada Selasa.
Rancangan ini bertujuan memastikan rakyat Palestin kekal di tanah mereka.
Rancangan ini bertujuan memastikan rakyat Palestin kekal di tanah mereka.

Persatuan gesa penubuhan badan kawal selia ekonomi gig disegerakan
Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig.