Beberapa persatuan pelajar Malaysia merayu kepada kerajaan agar dapat menyediakan pengangkutan khas kepada pelajar untuk pulang dari universiti ke kampung halaman masing-masing sebelum sambutan Hari Raya Puasa akan datang.
Bagaimanapun, menurut persatuan itu, setiap pelajar yang tinggal di kampus hendaklah menjalani ujian tapisan COVID-19 sebelum proses pulang ke kampung dan bagi mereka yang didapati positif COV ID-19 perlu menjalani kuarantin dan tidak dibenarkan pulang.
"Meskipun mereka telah tinggal lebih daripada 14 hari di kampus, adalah lebih baik bagi kita mengambil langkah perlu bagi mengelakkan sebarang risiko.
"Kami mencadangkan Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan kerjasama universiti dan kerajaan negeri menyumbang separuh subsidi bagi kos pengangkutan namun adalah lebih baik lagi jika kos pengangkutan ditanggung sepenuhnya tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: COVID-19: KPT akan kaji mekanisme bawa pelajar IPT pulang - Noraini Ahmad
BACA: Kerajaan perlu bantu pelajar IPT pulang ke kampung - Syed Saddiq
Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh 15 persatuan pelajar termasuk Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI).
Sementara itu, persatuan berkenaan juga menggesa para pelajar agar bertenang susulan perkembangan terbaharu COVID-19.
"Pelajar dinasihati agar terus mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 11 2020
Persatuan berkenaan juga menggesa para pelajar agar bertenang susulan perkembangan terbaharu COVID-19. - Gambar hiasan
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: TVET semakin berkembang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kanada kenakan tarif balas ke atas AS
Kanada akan bertindak balas terhadap tarif baharu Presiden Donald Trump dengan mengenakan tarif 25% ke atas barangan AS, termasuk minuman dan peralatan elektrik, kata Perdana Menteri Justin Trudeau pada Sabtu.
Dalam satu sidang media, Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif ke atas barangan AS bernilai 155 bilion dollar Canada bersamaan dengan 107 bilion dollar Amerika.
Dalam satu sidang media, Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif ke atas barangan AS bernilai 155 bilion dollar Canada bersamaan dengan 107 bilion dollar Amerika.
Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.
Hamas bebas tiga lagi tahanan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tahanan Israel, dalam pembebasan keempat sejak perjanjian gencatan senjata bermula pada 19 Januari lalu.
AKPS diperluas di pintu sempadan negara
Pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah kerana kesalahan membakar lima motosikal milik penduduk kampung.
Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Hujan berterusan tahap waspada di Sarawak sehingga Rabu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 5 Februari di tujuh kawasan di Sarawak.
Situasi terkini banjir di Sabah
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baru dibuka di Tongod, pagi ini, berikutan banjir melanda semula beberapa kampung di daerah itu selepas satu PPS ditutup semalam.
Bersama di talian wakil Astro AWANI Sabah, Ridzal Abdullah.
Bersama di talian wakil Astro AWANI Sabah, Ridzal Abdullah.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.