PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata perlindungan sosial khususnya menerusi Perkeso amat penting bagi memastikan golongan atlet dilindungi dari semua aspek.
Menurutnya, atlet dibawah Majlis Sukan Negara (MSN) ketika ini telah mendapatkan perlindungan Perkeso sekali gus ia wajar menjadi galakan kepada persatuan sukan untuk turut mengambil langkah sedemikian.
"Persatuan (sukan) kita sangat galakkan (carum Perkeso) dan ada perjumpaan Perkeso diminta hadir beri penerangan skim yang boleh dinikmati para atlet.
"Ramai atlet perlu segera jadi pencarum dan persatuan sukan mainkan peranan untuk galakkan pencaruman kepada atlet bernaung di bawah mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Flag-Off kayuhan solo Khairil Aslan Ab Rasid mengelilingi Semenanjung Malaysia bagi latihan pertama Ice Storm Russia Expedition 2025 di sini hari ini.
Portal berita tempatan sebelum ini melaporkan terdapat majikan dalam kalangan kelab bola sepak yang culas mencarum dengan Perkeso.
Menurut laporan itu, rekod pendaftaran dan pembayaran caruman persatuan serta kelab bola sepak kebiasaannya adalah tidak teratur.
Adam Adli berkata beberapa insiden menimpa atlet misalnya pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim perlu dijadikan peringatan supaya golongan atlet mendapat perlindungan sosial.
"Golongan atlet tidak kira atlet apa perlu menitikberatkan perlindungan sosia tidak kira mereka dalam bidang sukan berisiko tinggi atau lain-lain," katanya.
Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya yang membataskan pergerakan dan percakapannya.
Mengenai insiden menimpa atlet kayak negara Siti Nurul Masyitah Elias yang dilaporkan terbabit dalam kemalangan jalan raya, Adam Adli berkata KBS akan membantu atlet berkenaan untuk mendapatkan rawatan.
"Ketika ini, kita sedang mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian itu dan keadaan atlet," katanya.
Siti Nurul Masyitah dipercayai dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh seorang pemandu mabuk dalam kemalangan pada Sabtu lepas di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) menuju ke Southkey, Johor Bahru.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Menurut Adam Adli, perlindungan sosial khususnya menerusi Perkeso amat penting bagi memastikan golongan atlet dilindungi dari semua aspek. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT
KBS masih belum menerima laporan lengkap berhubung punca pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
Empat sukan yang akan diberi tumpuan oleh KBS ialah angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia akan anjur pertandingan TVET - Hannah
KBS telah mengusulkannya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ia telah dipersetujui.
Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.