KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyarankan kerajaan menggesa negara-negara Arab dan negara Islam menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan dengan Israel dan terus memperkasa sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ia antara 10 ketetapan dipersetujui dalam Seminar Konflik Palestin-Israel pada Sabtu, susulan perkembangan terkini di Semenanjung Gaza, yang menyaksikan angka korban semakin meningkat, pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel dan sekatan terhadap keperluan asas.
"PUM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan Israel yang sentiasa melanggar undang-undang antarabangsa menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak di Gaza," menurut PUM dalam kenyataan malam ini.
PUM turut menggesa kerajaan untuk memainkan peranan utama dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya dapat menggerakkan pertubuhan itu secara proaktif ke arah penyelesaian konflik di Palestin.
Persatuan itu turut mengambil ketetapan menuntut kerajaan Israel dan negara berkepentingan memberi kebenaran sepenuhnya kepada pihak luar menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Gaza di Palestin.
"PUM turut mendesak Israel supaya menghentikan serangan tidak bertamadun terhadap penduduk Gaza dan melakukan gencatan senjata dengan kadar segera supaya tindakan ke arah perdamaian dapat diambil," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, PUM turut menawarkan kerjasama dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang konflik Israel-Palestin dan keperluan penyelesaian secara aman.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyarankan kerajaan menggesa negara-negara Arab dan negara Islam menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan dengan Israel. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Tidak wajar salahkan JAKIM isu GISB - Persatuan Ulama Malaysia
Kritikan terhadap JAKIM seolah hanya memberi merit kepada golongan tertentu yang dianggap membongkar isu GISB.

PUM seru pemimpin politik hormati titah Raja-Raja Melayu
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyeru rakyat Malaysia terutama pemimpin-pemimpin parti politik supaya menghormati titah Raja-Raja Melayu.

Perpecahan umat Islam merunsingkan - Tokoh Maal Hijrah Perak
Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 1400H, Ahmad Awang menyifatkan perpecahan di kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia sekarang ini sebagai merunsingkan.