SHAH ALAM: Tempat meletakkan kenderaan bertingkat di Pasar Moden Sri Muda, Seksyen 25, di sini kini dibuka kepada orang ramai bagi menghadapi sebarang kemungkinan risiko bencana banjir.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan berkata langkah itu berikutan berlaku kenaikan air di beberapa tempat di sekitar kawasan berkenaan petang semalam.
BACA: Banjir kilat: Penduduk Taman Sri Muda dinasihat letak kenderaan di kawasan tinggi
"Susulan itu, penduduk di kawasan Taman Sri Muda dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan yang tinggi dan pemantauan sedang dilakukan dari semasa ke semasa. Keadaan kini masih terkawal," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis memaklumkan setakat ini, tiada risiko kejadian banjir dijangkakan berlaku di sekitar Taman Sri Muda, Kota Kemuning dan Seksyen 17 hingga Seksyen 24 susulan keadaan hujan lebat yang bermula 3 petang Selasa.
"Setibanya di lokasi kejadian pada 4 petang, anggota telah membuat 'size up' mendapati kawasan di sekitar Taman Sri Muda masih lagi hujan dan longkang dipenuhi air. Namun tiada kerja penyelamatan dilaksanakan.
"Jalan dinaiki air akibat longkang tersumbat manakala kunci air Sri Muda beroperasi. Di Bukit Naga, Seksyen 32, jalan turut dinaiki air di kawasan perumahan akibat longkang tersumbat, namun keadaan masih terkawal setakat ini dan hujan juga sudah berhenti," katanya dalam kenyataan berasingan.
Norazam memaklumkan pihaknya turut menyelamatkan sepasang suami isteri berusia lingkungan 60-an berdekatan kawasan Sungai Semungkis, Hulu Langat kira-kira 6 petang semalam.
"Pasangan suami isteri dari Ampang itu datang untuk membersihkan kebun mereka, namun terperangkap kerana air mula naik di kawasan berkenaan susulan hujan lebat. Namun kini keadaan terkawal dan hujan telah berhenti," katanya.
Norazam berkata pihaknya kini membuka tiga pos pangkalan hadapan iaitu satu di Taman Sri Muda manakala dua pos masing-masing di Batu 14 dan Sungai Serai, Hulu Langat sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022
Penduduk di kawasan Taman Sri Muda dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan yang tinggi. - Foto Facebook/Hazhar Halim
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.