KUALA LUMPUR: Terdapat keperluan untuk mewujudkan persefahaman antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) agar pasaran industri perfileman negara dapat dibuka dengan lebih luas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ini bagi membolehkan filem dan produk industri ini dapat menembusi negara luar.
"Filem luar masuk dengan mudah ke negara kita, misalnya dari China. Tapi banyak negara lain kalau filem kita nak masuk ke sana, hatta negara jiran kita sekali pun tidak mudah kita nak masuk, maka perlu ada persefahaman antara G2G.
Jadi bentuk kerjasama ini, kerangka itu perlu kita adakan dulu, tapi tidak ada apa yang menghalang (penerbit-penerbit) sekiranya mempunyai partners atau rakan penerbit dari negara lain untuk bekerjasama kerana kita memberi galakan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi dialog selepas menghadiri majlis penyerahan Surat Setuju Terima Perolehan Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) Bagi Sesi Pitching Fasa 1/2021 di sini hari ini, yang dihadiri lebih 200 syarikat penerbit pelbagai jenis produksi di dalam pebagai bahasa.
Sementara itu Annuar berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi industri kreatif negara perlu dilihat semula agar lebih sesuai dengan keadaan negara yang sedang menuju fasa endemik COVID-19.
"Setelah negara berbelanja hampir RM5 bilion dan hampir semua rakyat kita telah disuntik (vaksin COVID-10), we have to go back to our normal life (kita kena balik kepada kehidupan biasa), tak boleh nak kekang sehingga papa kedana jadinya. Kita perlu start out normal routine (mulakan rutin normal), SOP perlu ada tapi kena review to facilitate (kaji semula untuk memudah cara)," katanya.
Terdahulu Annuar dalam ucapannya berkata beliau mahu melihat isi kandungan yang disiarkan RTM menunjukkan kualiti yang lebih tinggi, bukan sahaja dari hasil produksi tapi sejauh mana kandungan tersebut menyokong dan menjiwai dasar semasa kerajaan.
Beliau juga berkata RTM perlu lebih kreatif dalam mempromosikan kandungannya misalnya drama sama ada menerusi media sosial, treler atau sebagainya.
"Kejayaan lebih penting ialah drama atau bahan itu ditonton dan digemari, jadi don't take for granted (jangan ambil mudah), kerana drama sudah siap, duit dah bayar maka siar sahaja, that's not good enough (itu tidak memadai).
"Setiap satu bahan itu adalah pelaburan kepada RTM. RTM must not take it for granted (jangan ambil mudah), we have to compete (kami perlu bersaing), kena anggap setiap drama disiarkan di RTM adalah product that you need to market those product, you need to promote (produk yang anda perlu pasarkan, anda perlu lakukan promosi)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021

Annuar berkata ini bagi membolehkan filem dan produk industri ini dapat menembusi negara luar. - Gambar fail/BERNAMA

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Persefahaman G2G perlu, buka pasaran filem negara lebih luas - Annuar
Terdapat keperluan untuk mewujudkan persefahaman antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) agar pasaran industri perfileman negara dapat dibuka dengan lebih luas.