KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) akan memperkenalkan program atlet muda (fast track) bagi mengenal pasti penerjun berpotensi di bawah umur 11 tahun untuk menjalani latihan secara sepenuh masa di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.
MAS, dalam satu kenyataan, memaklumkan program tersebut merupakan salah satu daripada lima komponen terkandung dalam pelan pemulihan sukan terjun yang diluluskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Terjun, Khamis lepas, sebagai usaha memulihkan prestasi sukan tersebut susulan persembahan mengecewakan pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, baru-baru ini.
Menurut MAS, seramai 16 penerjun iaitu lapan lelaki dan perempuan bawah umur 11 tahun akan dipilih oleh Institut Sukan Negara (ISN) dalam masa terdekat menerusi beberapa proses seperti mengenal pasti bakat, kem pemilihan serta ujian penilaian.
Kumpulan tersebut akan diletakkan di bawah pengawasan dua jurulatih sepenuh masa untuk pendedahan latihan dan penyertaan kejohanan lebih teratur di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
"Kumpulan atlet ini disasarkan akan bertanding secara kompetitif pada tahun 2026, bermula dengan penyertaan di peringkat remaja kebangsaan, Sukan Malaysia (SUKMA) dan juga beberapa kejohanan antarabangsa yang dipilih.
"Sasaran pencapaian pingat bermula seawal umur 16 tahun di peringkat Sukan SEA dan Kejohanan Remaja Dunia dengan penyertaan secara merit dan bersaing untuk pingat pada Temasya Sukan Olimpik Brisbane 2032 pada usia 19 tahun," menurut MAS semalam.
MAS turut mengenal pasti empat negeri berpotensi untuk dijadikan pusat latihan utama bagi memulakan program latihan lebih komprehensif.
Fokus utama dalam program pembangunan bakat negeri adalah menambah baik kemudahan dan fasiliti 'dry gym' serta penyediaan perkhidmatan awalan sains sukan dan perubatan sukan di peringkat negeri.
Selain itu, penstrukturan semula kejurulatihan turut dilaksanakan dalam pelan tersebut dengan cadangan tiga jurulatih untuk 13 atlet Program Podium, tiga jurulatih untuk 15 atlet Program Pelapis serta dua jurulatih masing-masing untuk program atlet muda dan program di setiap negeri.
Sementara itu, program latihan bagi persiapan ke temasya sukan termasuk Sukan SEA 2025, Sukan Asia 2026 dan Sukan Olimpik 2028 juga akan disusun semula dengan penetapan darjah kesukaran bersesuaian di setiap temasya.
"MAS juga akan memberi penekanan dalam memperkenalkan markah kelayakan minimum (MQS) pada beberapa kejohanan pemilihan dan kejohanan tempatan ditetapkan bagi memilih atlet ke sesuatu pertandingan dan temasya sukan utama.
"MQS bagi atlet pelapis adalah minimum ranking ke-24, manakala MQS bagi atlet podium adalah sekurang-kurangnya ranking ke-12," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Menurut MAS, seramai 16 penerjun iaitu lapan lelaki dan perempuan bawah umur 11 tahun akan dipilih oleh ISN dalam masa terdekat. - Gambar hiasan/Bernama
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
MMA jumpa Dr Dzulkefly untuk perbincangan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu berkaitan petugas penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan awam.
Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah jadi pilihan isi slot tambahan
Persekutuan Renang Malaysia (MAS) menyenaraikan Nur Dhabitah Sabri dalam Sukan Olimpik Paris 2024, dari 26 hingga 11 Ogos depan.
MAS dapat slot tambahan acara 3m papan anjal individu wanita
MAS akan membuat pengumuman berhubung atlet yang bakal menggalas cabaran negara ke Paris itu dalam masa terdekat.
MAS sudah jangka hilang khidmat Wendy, Kimberly
Bryan Nickson Lomas kekal tenang enggan menekan butang panik sebaliknya menegaskan sudah menjangkakan kehilangan itu.
Persekutuan Renang Malaysia teroka bakat baharu menerusi program atlet muda
Ia sebahagian usaha bagi memulihkan prestasi sukan terjun susulan persembahan mengecewakan pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha.
Paris 2024: MAS rancang program latihan khas untuk Bertrand
Persekutuan Renang Malaysia merancang program latihan khas untuk Bertrand Rhodict Lises, satu-satunya atlet terjun yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
MS, MSN tidak perbaharui kontrak jurulatih renang Chris Martin
Persekutuan Renang Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah bersetuju untuk tidak memperbaharui kontrak Chris Martin sebagai jurulatih kebangsaan.
Bekas ratu renang negara, Nurul Huda, sertai MS
Shahidan menang tanpa bertanding manakala Oon Kee Seng mengekalkan jawatan Timbalan Presiden.
Renang para kini di bawah PREPMA
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) telah membuat keputusan untuk memindahkan tadbir urus renang para daripada Persekutuan Renang Malaysia (MAS) kepada Persatuan Renang Para Malaysia (PREPMA).