KLANG: Perselisihan faham antara ahli keluarga dipercayai menjadi punca seorang individu cedera dipukul sekumpulan lelaki di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Bandar Botanik Klang dekat sini 14 September lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung insiden pergaduhan itu pada jam 6.31 petang, hari sama.
"Pengadu berusia 33 tahun itu mendakwa telah dipukul oleh sekumpulan lelaki dengan menggunakan rotan pada jam 1 pagi," katanya dalam kenyataan semalam.
Hoong Fong berkata, hasil siasatan mendapati bahawa kejadian pergaduhan itu akibat perselisihan faham antara ahli keluarga ketika pengadu menghadiri majlis kematian di pangsapuri berkenaan.
"Seramai lima orang telah memukul pengadu dan salah seorang suspek menggunakan rotan.
"Akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan kiri, rusuk dan kaki," katanya.
Beliau berkata, polis telah menangkap enam lelaki warga tempatan berusia 26 hingga 65 tahun pada 15 September lalu, bagi membantu siasatan.
"Hasil semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah. Kesemua suspek telah dibebaskan dengan jamin polis setelah selesai siasatan," katanya.
Hoong Fong berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 148 kanun keseksaan iaitu kesalahan memiliki senjata semasa rusuhan.
"Pegawai penyiasat telah melengkapkan kertas siasatan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.
"Berdasarkan keterangan yang diperolehi dalam siasatan polis, Timbalan Pendakwa Raya telah memberikan arahan untuk tuduh empat orang di mahkamah dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata, pihak polis mendapati video berkaitan kejadian itu telah tular di media sosial.
"Orang awam dinasihatkan supaya jangan menularkan video tersebut bagi mengelakkan kegusaran kepada masyarakat setempat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 28 2023
![Perselisihan faham punca individu cedera dipukul sekumpulan lelaki Perselisihan faham punca individu cedera dipukul sekumpulan lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695862499_TBbergaduh.jpg)
Video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Bandar Botanik Klang pada 14 September lalu. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739325438_SenjataTajam.jpg)
Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam insiden tular pergaduhan bersenjata di kawasan Merlin Tower, Johor Bahru, petang semalam.
![KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734763666_pergaduhan.jpg)
KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.
![Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731638548_pengadil.jpg)
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
![Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729552808_TBpolis.jpg)
Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.
![Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729556409_TBSelangorFC.jpg)
Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku
Pesanan itu disampaikan oleh baginda melalui sepucuk warkah kepada pengurusan Selangor FC pada 10 Okt lepas.
![Peniaga sayur ditahan toreh leher lelaki kerana isu parkir Peniaga sayur ditahan toreh leher lelaki kerana isu parkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725528301_TBtetak.jpg)
Peniaga sayur ditahan toreh leher lelaki kerana isu parkir
Seorang peniaga sayur rakyat tempatan ditahan selepas dipercayai menoreh leher seorang lelaki dalam insiden perselisihan faham di kawasan parkir Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong.
![Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720494952_pelajarsekolahber.jpg)
Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan.
![Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715825810_ZainolSamahketua.jpg)
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
![Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
![Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707603581_TBpergaduhan.jpg)
Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya
Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.