IPOH: Tindakan pemain Perak FC memboikot sesi latihan pada Jumaat malam adalah disebabkan berlaku sedikit perselisihan faham, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Rizal Ali Naizali.
Beliau berkata bagaimanapun, perkara itu telah diselesaikan dalam perbincangan bersama kesemua pemain semalam dan pemain meminta maaf selain berjanji tidak akan mengulanginya.
"Mereka berjanji untuk bermain dengan sepenuh hati dalam perlawanan dengan Sri Pahang FC, malam esok... ketika mereka ambil tindakan itu, gaji memang belum masuk," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Stadium Perak di sini, semalam.
Mengulas isu gaji pemain yang dilaporkan tertunggak sebelum ini, Rizal berkata Perak FC akan berusaha menyelesaikan pembayaran bagi bulan April iaitu sebelum Aidilfitri.
"Kita telah minta tempoh sedikit masa dan telah nyatakan kepada pemain bila akan selesaikan, kita akan usahakan sebelum raya," katanya.
Dalam pada itu, Rizal berkata kapten pasukan Shahrul Mohd Saad dan penyerang dari Brazil, Guilherme De Paula sudah dilepaskan untuk menyertai Johor Darul Ta'zim FC (JDT).
"Shahrul sudah tandatangan kontrak penamatan hari ini manakala De Paula akan berbuat demikian sedikit hari lagi dan mereka dibebaskan secara persetujuan bersama ke JDT.
"Setakat ini, dua saja pemain (berpindah pasukan), dalam perbincangan tadi memang tiada siapa (yang akan berpindah) sebab kita (pihak pengurusan) sudah bagi pendapat dan pemain sudah bagi hasrat mereka dan kita telah ada kata putus," katanya.
Sementara itu, penjaga gol utama Perak FC, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy akan memfailkan saman sebanyak RM5 juta terhadap seorang penyokong pasukan tersebut kerana mendakwa beliau menjadi dalang dalam insiden menurunkan bendera Perak separuh tiang pada malam itu.
Muhammad Hafizul Hakim berkata beliau turut membuat dua laporan penafian serta laporan di Balai Polis Sungai Senam dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
"Saya nafikan (kejadian itu) yang mana semua pemain tidak terlibat sebab waktu kami masuk ke stadiujm itu pada 9.30 malam, bendera itu telah separuh tiang, kami tidak tahu siapa buat dan ada yang menuduh saya.
"Saya tak kenal siapa individu tersebut dan saya tahu dia paling aktif maki saya dalam media sosial. Sebelum ini saya tidak kisah tetapi jangan buat tuduhan melulu terhadap saya dan perkara ini serius kerana membabitkan kemangkatan Sultan," katanya.
Pagi semalam, Pengerusi Kelab Kebajikan Masyarakat Ipoh Selatan Al Yashir Yahaya telah membuat satu laporan polis berikutan isu menurunkan bendera Perak separuh tiang yang didakwa dilakukan oleh sekumpulan individu tidak dikenali di Stadium Perak pada kira-kira 11.20 pagi.
--BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021
RIZAL: Kita telah minta tempoh sedikit masa dan telah nyatakan kepada pemain bila akan selesaikan, kita akan usahakan sebelum raya. - Gambar fail
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Aksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim
Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.