KUALA LUMPUR: Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata siasatan awal daripada penahanan enam suspek termasuk yang terbaharu pagi ini, mendapati motif berpunca daripada rasa tidak puas hati dalam perniagaan.
"Suspek terbaharu yang ditahan seorang lelaki berumur 23 tahun yang akan direman pagi ini dan kita belum dapat melengkapkan siasatan lagi, kerana terdapat dua atau tiga orang yang masih bebas dan perlu ditangkap.
"Kesemua enam suspek ini ada yang kita telah tahan reman, ada juga yang tidak dapat reman dan yang masih dalam tahanan reman pun ada," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Rusdi, kesemua suspek yang ditahan itu mempunyai peranan masing-masing dan ada antara mereka mempunyai rekod jenayah.
"Ia kes terpencil, perselisihan antara ahli perniagaan berkenaan sebab ada yang diupah untuk membaling bom terbabit. Namun, setakat ini tiada kaitan dengan kongsi gelap," katanya.
Beliau berkata terdapat dua daripada enam suspek turut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam dengan menggunakan senjata.
Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 9 Mei lepas memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan itu yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng.
Keesokannya, Rusdi dilaporkan berkata polis telah mengambil keterangan daripada pemilik premis dan pengurus pusat hiburan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, mengulas kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang pada Isnin lepas, beliau berkata tujuh laporan polis diterima pihaknya oleh pemilik kenderaan akibat kejadian terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Rusdi berkata siasatan awal daripada penahanan enam suspek termasuk yang terbaharu pagi ini, mendapati motif berpunca daripada rasa tidak puas hati dalam perniagaan. - Gambar fail/Bernama
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

11 maut dalam kebakaran kafe di Vietnam
Kebakaran kira-kira 11 malam di Pham Van Dong street, daerah Bac Tu Liem dipercayai berpunca daripada bom petrol.

Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.

Perselisihan faham punca pusat hiburan dibaling bom petrol - Polis
Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.

Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.

Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.

Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.

KK Mart Sungai Isap: Polis giat kesan seorang individu
Maklumat itu diperoleh berdasarkan pemeriksaan terhadap beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Sultan Pahang zahir dukacita kejadian lempar bom petrol
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan kejadian serangan bom petrol di cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan.

Suspek lempar bom ke arah KK Mart di Bidor dikesan menerusi CCTV
Polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang telah memberhentikan keretanya di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.

Polis sahkan kejadian KK Mart di Bidor dilempar bom petrol
Polis mengesahkan kejadian sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol awal pagi tadi.