PORT DICKSON: Ribuan pengunjung yang menyaksikan persembahan TATU Tentera Darat (TDM) terpukau dengan pelbagai persembahan serta demonstrasi menarik di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), malam tadi.
Bersempena Hari Tentera Darat ke-90, kira-kira 2,000 anggota TDM mengambil bahagian dalam pertunjukan itu termasuk acara kemuncak iaitu aksi lagak ngeri oleh Army Red Warrior, Akrobatik Motosikal Tentera Darat yang mendapat sorakan gemuruh penonton.
Lebih menarik lagi, aksi itu mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records (MBOR) iaitu Paling Ramai Orang Menunggang Sebuah Motosikal dan Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) yang dipersembahkan oleh Sarjan Saidatul Husna Kamaruddin, 34.
Saidatul Husna mempamerkan pertunjukan mendebarkan dengan menunggang motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc sambil membuat lompatan melepasi enam kereta.
Aksi pertempuran anggota TDM turut mencuri tumpuan penonton menerusi demonstrasi 21 Grup Gerak Khas dengan percikan api serta bunyi tembakan, selain persembahan pancaragam, kawad senyap, tarian perang, kemahiran tempur tanpa senjata, kemahiran menunggang kuda, drumliner, persembahan kepakaran pasukan elit komando dan aset Tentera Darat seperti Anjing Perang.
Turut hadir menyaksikan acara yang berlangsung hampir dua jam setengah itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Karnival Hari Terbuka Tentera Darat kali ini juga meriah dengan kehadiran hampir 60,000 pengunjung, yang antara lain mengetengahkan pameran aset dan kerjaya TDM serta pertunjukan kepakaran alat letupan tukar ganti (IED), nuklear, biologi dan kimia, yang bermula sejak Sabtu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Seorang pegawai tentera darat beraksi dengan menunggang kuda 'Conquestadore' pada Persembahan TATU Tentera Darat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson, 11 Mac 2023. --fotoBERNAMA
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Keputusan memperkenalkan semula slogan berkenaan adalah langkah strategik bagi memastikan Sinar kekal relevan serta terus dekat di hati pendengar.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
Persembahan TATU Tentera Darat pukau ribuan penonton
Rekod MBOR baru dicipta iaitu Paling Ramai Orang Menunggang Sebuah Motosikal dan Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita).