KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menghantar cadangan berkenaan parameter kawasan persempadan semula bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijangka dilaksana tahun ini.
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar.
“Perkara lain yang kita bincangkan ialah kemungkinan tahun ini ada berlaku persempadanan semula bagu Dewan Undangan Negeri dan kita akan beri pandangan kepada pihak SPR perkara-perkara yang harus diambil kira di dalam kita menentukan kawasan baru yang akan diwujudkan oleh pihak SPR.
“Kerana keputusan itu adalah ditentukan oleh SPR tapi pastinya kita akan memberi cadangan berkenaan kawasan Dewan Undangan Negeri yang perlu diwujudkan berdasarkan parameter asas termasuklah penduduk kawasan itu perlulah mempunyai pelbagai kaum dan keduanya mesti ada perwakilan seimbang dari kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Petra Jaya dekat sini pada Sabtu.
Bagaimanapun, ADUN Gedong itu tidak mendedahkan jumlah sasaran kawasan baharu memandangkan proses persempadanan semula itu akan diteliti dan ditentukan oleh SPR.
Untuk rekod, kali terakhir persempadanan semula kawasan DUN Sarawak dilaksanakan adalah pada tahun 2015 dengan mengubah komposisi DUN Sarawak daripada 71 kerusi kepada 82 kerusi.
Fadilah Sulaiman
Sat May 11 2024

Abang Johari dalam sidang medianya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS tidak mendedahkan jumlah sasaran kawasan baharu memandangkan proses persempadanan semula akan diteliti dan ditentukan oleh SPR. - Astro AWANI

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar

PBB akan kemuka cadangan persempadanan semula di Sarawak - Abang Johari
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengemukakan cadangan mengenai urusan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Persempadanan kawasan pilihan raya tidak dibincangkan - Mohamad
Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan Majlis Presiden Parti Kerajaan Perpaduan, setakat ini.

Hanya SPR boleh buat persempadanan semula kawasan pilihan raya - Guan Eng
DAP menyifatkan dakwaan PN bahawa Kerajaan Perpaduan akan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah kawasan pilihan raya jika memiliki majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai tidak berasas.

Parlimen: SPR tidak boleh guna 'administrative power' tambah kerusi Parlimen - Wan Junaidi
Sebarang urusan penambahan Parlimen memerlukan kajian mengikut lat tempoh masa, serta pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Persempadanan: Tubuh badan bebas, bukan sahaja tertumpu kepada SPR - Penganalisis
Penubuhan badan bebas tersebut adalah bagi memastikan segala urusan persempadanan semula dapat dilaksanakan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

Persempadanan kawasan pilihan raya: Patuhi Perlembagaan dan prinsip kesaksamaan, bukan etnik dan agama
BERSIH 2.0 menegaskan bahawa persempadanan yang berat sebelah (gerrymandering) adalah pengkhianatan kepada demokrasi.

Tiada persempadanan semula sebelum PRU15 - Hanipa Maidin
Ini kerana, jelasnya, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan proses persempadanan semula hanya boleh dilakukan sekali bagi setiap tempoh lapan tahun.

Polis hadir ke pejabat Bersih 2.0
Dua pegawai polis hadir ke pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya di sini, pagi tadi.

Penganjur perhimpunan haram depan Parlimen akan dipanggil - KPN
Ketika ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan memanggil penganjur untuk merekodkan keterangan mereka.