GEORGE TOWN: Umat Islam pada zaman ini dilihat sudah kehilangan jati diri apabila mempersendakan agama Allah SWT secara terang-terangan di media sosial tanpa rasa bersalah malah ia dianggap hiburan.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, orang Islam sepatutnya membela agama suci ini dan bukannya membuat gurauan yang boleh menyebabkan Islam dicaci oleh musuhnya.
Menurutnya, segelintir umat Islam ketika ini juga disifatkan sebagai biadab kerana tidak sensitif terhadap agama Islam.
"Jika yang menyebarkan dan yang melariskan perbuatan biadab ini terdiri daripada mereka (sebahagian bukan Islam) yang memusuhi agama ini, ia tidak pelik atau menghairankan kerana ia memang tabiat mereka yang termaklum seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 120.
"Tetapi yang menghairankan, mereka yang mempersendakan agama Islam itu terdiri daripada kalangan yang mengaku diri mereka Muslim. Sepatutnya mereka membela agama ini serta mempertahankan kesuciannya daripada serangan, dipersendakan, tohmahan dan cacian musuh.
"Tidak tahulah kenapa kebiadaban ini semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini? Jelas sebahagian umat Islam zaman kini sudah kehilangan jati diri sehingga keghairahan terhadap agama dilihat kian terhakis," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Tambah Wan Salim, Islam amat menggalakkan penganutnya sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan sama ada dalam bidang agama (Islam) atau lain-lain.
"Kejahilan sering mendedahkan seseorang kepada bahaya. Hanya orang jahil yang berani mempersenda kalam Allah SWT atau hadis Nabi serta memperlekeh hukum agama yang ditetapkan Allah.
"Perbuatan tidak beretika ini boleh merosakkan akidah seseorang Muslim jika dilakukan dengan sengaja dan dalam keadaan sedar. Hukum agama bukan bahan mainan.
"Ia diturunkan oleh Allah yang mencipta kita (manusia) dan alam semesta. Hukum Allah wajib dihormati sebagai sesuatu yang suci," katanya lagi.
Beliau menambah, seseorang Muslim perlu berasa bimbang terhadap kemungkinan menjadi murtad dengan tidak disengajakan.
"Oleh demikian, saya meminta golongan yang suka mempersendakan hukum Allah ini supaya segera bertaubat kerana kita tidak tahu bila malaikat akan mengambil nyawa kita," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video yang berdurasi tiga minit 55 saat yang memaparkan tindakan seorang pempengaruh media sosial, Dd Chronicle melakonkan semula perbuatan minum arak dan berjudi yang kononnya tidak akan dikenakan hukuman.
Situasi berkenaan mendapat kecaman netizan dan mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya kerana sudah melampaui batas.
Susulan daripada itu, banyak pihak telah membuat laporan polis terhadap perbuatan pempengaruh berkenaan.
Dd Chronicle kemudiannya tampil memohon maaf berkaitan video parodi yang dibuatnya itu.
Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43, mengakui kesilapan berlaku kerana terlepas pandang dan tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun hanya untuk video parodi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 18 2024

Wan Salim berkata, orang Islam sepatutnya membela agama suci ini dan bukannya membuat gurauan yang boleh menyebabkan Islam dicaci oleh musuhnya.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Lebih 40 laporan polis diterima berhubung isu Dd Chronicle - KPN
Sejumlah 49 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas pempengaruh media sosial Dd Chronicle, yang membuat video parodi didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.

Persenda Islam secara terbuka, umat Islam hilang jati diri - Mufti
Umat Islam pada zaman ini dilihat sudah kehilangan jati diri apabila mempersendakan agama Allah SWT secara terang-terangan di media sosial tanpa rasa bersalah malah ia dianggap hiburan.

'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.