Persepsi mengenai pergerakan yang kononnya dikenali sebagai Negara Islam (IS) perlu diperbetulkan dalam kalangan generasi muda kerana ia bukanlah bercirikan Islam ataupun negara.
Dr Tareq Al-Suwaidan, Sarjana Islam dari Kuwait berkata langkah itu penting untuk mengelak generasi muda daripada menyertai kumpulan pengganas.
"Para sarjana Islam di dunia Arab telah mengisytiharkan IS sebagai kumpulan militan dan menyeru semua masyarakat Islam dan bukan Islam supaya bersatu memerangi mereka," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini, Khamis.
Pemimpin IS, katanya, telah memberi gambaran salah mengenai diri mereka sebagai 'khalifah' dalam usaha menarik golongan muda menyertai perjuangan yang jelas bertentangan dengan Islam.
"Justeru itu, penjelasan perlu diberi terutama kepada generasi muda bahawa IS bukan khalifah Islam, ia bukan negara Islam dan ia langsung tidak mencerminkan Islam. Ia adalah kumpulan militan yang patut diperangi semua pihak.
"IS adalah bahaya kepada Islam kerana ia mencemarkan Islam dengan darah," kata beliau.
Dr Tareq berkata satu-satunya cara untuk memerangi IS ialah menerusi penggunaan angkatan tentera terhadap kumpulan militan tegar dan pendekatan kesederhanaan untuk menambat hati dan minda umat Islam secara keseluruhan.
Ketika mengulas pemilihan Malaysia menduduki kerusi tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), Dr Tareq berharap Malaysia akan terus menyuarakan sokongan kepada penduduk yang menjadi mangsa penindasan di seluruh negara.
Mengenai masa depan ketamadunan Islam, beliau percaya dunia Islam boleh bangkit semula dan menjadi kuasa utama baharu selain Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China dan India.
Melalui kecekapan dan kekuatan ekonomi, katanya, negara-negara Islam boleh bangkit semula demi memenuhi keperluan umat Islam.
Bernama
Thu Oct 23 2014
Tareq: dunia Islam boleh bangkit semula dan menjadi kuasa utama baharu selain Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China dan India. - Foto Fail
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Fatah tuntut tindakan segera Arab, antarabangsa hentikan genosid di Gaza
Dula turut menggesa pihak-pihak terbabit untuk mengambil tindakan segera dengan menghukum penjenayah pendudukan.
Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB
Palestin memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawatan kerja PM Anwar ke Turkiye dan Mesir bincang isu Palestin - Wisma Putra
Semasa lawatan tersebut, Perdana Menteri akan diiringi oleh Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Negeri dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
Pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal bermula
Proses pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal 2025 dibuka secara rasmi pada Jumaat bagi lima kategori iaitu Jasa kepada Islam, Pengajian Islam, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Perubatan dan Sains.
SIBF 2021 bermula, alu-alukan ketibaan penerbit, pengkarya dari seluruh dunia
Pesta buku ketiga terbesar di dunia itu berlangsung sehingga 13 Nov ini.
Bawa kes penggunaan kalimah-kalimah Islam ke peringkat Mahkamah Rayuan - Muafakat Nasional
Kerajaan Persekutuan perlu pastikan kes tersebut perlu dibawa sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, kata Muafakat Nasional.
Saluran YouTube bahasa Arab 'Omar & Hana' cecah lebih 100,000 langganan
Saluran YouTube Arab siri animasi popular 'Omar & Hana', berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan dalam enam bulan sejak pelancarannya.
LPP cadang tarik pelaburan RM800 juta dari negara-negara Arab
Rundingan mengenainya telahpun bermula Selasa lepas bersama wakil Raja Bahrain.