Persiapan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang akan berlangsung pada 30 Julai ini, berjalan lancar dengan 80 peratus telah siap.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, persiapan rapi dilakukan bagi memastikan semua acara yang dirancang sempena hari bersejarah itu berjalan dengan sempurna.
"Istiadat itu adalah proses yang panjang dan perlu dilakukan dengan teliti kerana melibatkan pelbagai elemen antaranya protokol," katanya ketika menjadi tetamu program bual bicara Nine11 terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Terdapat beberapa acara yang dirancang sempena istiadat itu seperti Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat, Majlis Santapan Diraja, Lawatan Raja Permaisuri Agong ke Pusat Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur dan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, Kuala Lumpur.
Selain itu, acara Khutbah Khas dan Solat Jumaat turut diadakan di Masjid Negara dengan khutbah yang disediakan secara khusus.
Sementara itu, menu yang akan dihidangkan pada Majlis Santapan Diraja akan mendapat sentuhan peribadi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
"Satu keistimewaan Majlis Santapan nanti, menu itu boleh dikatakan 'personal touch' Tunku Permaisuri sendiri. Tetamu dijemput patut berasa bertuah dan meluangkan masa untuk hadir serta merasai sendiri 'personal touch' menu-menu disediakan pada malam itu," katanya.
Berkongsi mengenai peribadi Yang di-Pertuan Agong ketika berurusan dalam persiapan istiadat berkenaan, Hasnol berkata, Baginda seorang yang mesra, mudah didekati dan sering berkongsi idea.
"Baginda sering memberi idea-idea bagaimana sesuatu perkara itu boleh dilaksanakan dengan lebih baik berbanding kebiasaan yang dilakukan, Baginda juga banyak bagi pandangan idea-idea baharu pada masa yang sama memastikan tradisi lama dikekalkan," katanya. - BERNAMA
BACA: Foto rasmi Agong sempena pertabalan dipersembahkan
Bernama
Wed Jul 17 2019
Al-Sultan Abdullah (kanan) menyerahkan Warkah Persilaan kepada Raja-Raja Melayu dan tetamu-tetamu ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 kepada Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara Azuan Effendy Zairakithnaini. - Gambar BERNAMA
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Warga Thailand antara tebusan yang dibebaskan
Warga Thailand yang dibebaskan dalam siri perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dikenali sebagai Watchara Sriaoun.
Gencatan Senjata: Hampir 500,000 warga Palestin pulang ke Utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan persekolahan bukti kerajaan ikhtiar bantu rakyat - Shamsul Iskandar
Peruntukan sebanyak RM200,000 disediakan bagi pelaksanaan pemberian baucar kelengkapan sekolah kepada 2,000 pelajar dalam Parlimen Tambun, hari ini.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
Bercakap di White House pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Sejak ditayangkan, filem ini telah mencatatkan kutipan RM1.65 juta pada hari pertama tayangannya, meraih gelaran Juara Box Office pada hari pertama tayangan
Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.
Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket "phone scam"
Seorang mahasiswa kerugian dianggarkan RM147,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.
Persiapan istiadat pertabalan Agong lancar, 80 peratus siap
Persiapan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini berjalan lancar dengan 80 peratus telah siap.