Persidangan International Scottish Masonic 2016 di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini, dihentikan serta-merta selepas mendapat bantahan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini.
Persidangan anjuran sebuah pertubuhan dikenali sebagai Freemason yang sering dikaitkan dengan Yahudi, dan teori konspirasi terhadap orang Islam itu bermula semalam dan sepatutnya berakhir esok (26 Februari).
Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah yang mewakili NGO terlibat, berkata tindakan pertubuhan berkenaan mengadakan persidangan di Malaysia dilihat sebagai tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
"Terima kasih kepada pihak polis yang membenarkan kami masuk ke dalam hotel itu dan melihat sendiri sama ada persidangan itu diteruskan atau sebaliknya," katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu, Azwanddin bersama semua NGO terlibat mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan hotel itu bagi membantah persidangan berkenaan. Beliau bersama tiga wakil NGO kemudian memasuki hotel itu dengan diiringi polis.
Perhimpunan selama sejam itu bersurai selepas polis mengarahkan mereka meninggalkan perkarangan hotel berkenaan.
Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) Mohd Ali Baharom yang turut menyertai perhimpunan bantahan itu, berkata beliau difahamkan seramai 600 peserta dari 21 negara menghadiri persidangan itu.
"Dewan dalam hotel itu yang dijadikan tempat persidangan, kosong ketika kami masuk melihatnya dan kami Gerakan Merah sekali lagi memberi amaran kepada pihak-pihak berkenaan supaya tidak menganjurkan program atau persidangan seumpama itu pada masa hadapan.
"Selain itu, kami juga akan memantau persidangan itu sehingga esok untuk melihat sama ada mereka akan meneruskan atau sebaliknya," kata beliau.
Bernama
Thu Feb 25 2016

Azwanddin bersama semua NGO terlibat mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan hotel itu. - Foto Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap Azwanddin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan JJM, Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailka

Azwanddin mengaku tidak bersalah beri ucapan berhubung Peristiwa 13 Mei
Azwanddin, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

Presiden JMM didakwa ugut pegawai polis, aibkan individu
Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya masing-masing di hadapan Majistret.

Teresa Kok saman Azwanddin berhubung ucapan berbaur fitnah
Kok berkata, pada satu perhimpunan di Klang, Azwanddin telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan.

Presiden NGO direman empat hari, kes kenyataan berunsur ugutan
Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ucapan berbaur fitnah: Teresa Kok tuntut ganti rugi RM30 juta daripada JMM, Azwanddin
Kok telah mengarahkan firma guaman itu menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta daripasda Azwanddin dan JMM kerana menyebabkan reputasi Kok tercemar.

Azwanddin ditahan polis
Azwandin ditahan pada jam 2.40 petang Rabu ekoran kenyataan berbaur ugutan yang dibuatnya ketika berucap di perhimpunan aman anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Klang.

Kursus BM untuk MP martabat bahasa kebangsaan
Usaha ini yang bakal bermula Januari depan dilihat sebagai langkah yang baik untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Persidangan anjuran Freemason di Pulau Pinang dihentikan serta-merta
Persidangan International Scottish Masonic 2016 di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini, dihentikan serta-merta selepas mendapat bantahan.