KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang keseluruhan selama 14 hari dan tamat pada 11 April ini.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata beliau telah menerima satu perutusan berkait perkara berkenaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua majlis.
"Selaras dengan Peruntukan Mesyuarat 10 (2), peraturan-peraturan mesyuarat supaya Takwim Mesyuarat Dewan Negara yang sedang berjalan sekarang dipinda dengan menambah sebanyak dua hari lagi pada 10 dan 11 April iaitu Isnin dan Selasa," katanya di Dewan Negara hari ini.
Berdasarkan peraturan berkenaan, katanya ketua atau timbalan ketua majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari masa ke masa.
Persidangan Dewan Negara sebelum ini dijadual berlangsung selama 12 hari bermula 21 Mac dan tamat pada 6 April.
Menurut Takwim Dewan Negara, perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) yang bermula hari ini dijadual berlangsung sehingga Isnin depan.
Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023

Rais Yatim (foto) berkata beliau telah menerima satu perutusan berkait perkara berkenaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua majlis. -Gambar fail/Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Senator Datuk Salehuddin Saidin dilantik Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baharu berkuat kuasa 1 Mac.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.

Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.

Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.

288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.