GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak 27 Mei lepas ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Sepanjang persidangan enam hari itu, 71 soalan lisan, 655 soalan bertulis dan tiga usul dikemukakan.
Usul tergempar dibawa oleh Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) dan disokong oleh Ong Ah Teong (PH-Batu Lanchang) yang mendesak Kerajaan Persekutuan menangani kenaikan kos sara hidup dan sekuriti makanan yang menghimpit rakyat dan menjejaskan pembangunan ekonomi yang mampan.
Usul itu dibahaskan kira-kira dua jam oleh lapan ADUN sebelum ia diluluskan sebulat suara oleh anggota dewan.
Persidangan kali ini juga menyaksikan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak diluluskan sebulat suara selepas 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selesai menggulung perbahasan.
Hari terakhir persidangan turut menyaksikan usul yang dibawa Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr. P. Ramasamy dan disokong oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkenaan pelantikan ahli-ahli Lembaga Rayuan di Bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010.
Prof Ramasamy mencadangkan pelantikan Wong Chiang Kiat sebagai pengerusi, Datuk Seri Syed Jaafar Syed Ali sebagai timbalan pengerusi, manakala Datuk Ajit Singh Jessy, Datuk Murelidaran M. Navaratnam, Datuk Agatha Foo Tet Sin dan Regina Amalorpava Mary sebagai ahli lembaga mula 1 Jun 2022 sehingga 31 Mei 2024.
Usul tersebut diluluskan sebulat suara oleh anggota dewan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
![Persidangan DUN Pulau Pinang ditangguh Persidangan DUN Pulau Pinang ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654247255_YangDipertuaNegeri.jpg)
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak 27 Mei lepas ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: Majlis perayaan bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Cabul kanak-kanak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas 8 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Februari 2025
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
![PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739021344_NancyShukri.jpg)
PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.
AWANI Borneo [8/2/2025] – 11 hari tidak surut|Siasatan projek mineral|Pelancaran satelit pertama Sarawak
Awani Borneo Sabtu, 8 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739021060_BanjirKinabatangan.jpg)
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,082 orang berbanding 3,454 orang sebelum ini.
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
![Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732243976_AbidinIsmail.jpg)
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
![Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699441646_ChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.
![2,947 unit hartanah di Pulau Pinang tidak terjual setakat suku ketiga 2023 2,947 unit hartanah di Pulau Pinang tidak terjual setakat suku ketiga 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701245011_PerumahanTerancang.jpg)
2,947 unit hartanah di Pulau Pinang tidak terjual setakat suku ketiga 2023
Jumlah ini termasuk 503 unit (17 peratus) hartanah berharga RM300,000 ke bawah, sepertimana mengikut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.
![64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang 64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701147077_TBKEWARGANEGARAAN.jpg)
64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 105 kes membabitkan lelaki pada tahun lepas.
![Bekas ketua menteri perlu hormat keputusan, hala tuju kepimpinan semasa - Chow Bekas ketua menteri perlu hormat keputusan, hala tuju kepimpinan semasa - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700539271_ChowKonYeow.jpg)
Bekas ketua menteri perlu hormat keputusan, hala tuju kepimpinan semasa - Chow
Chow berkata, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan kritikan daripada mana-mana pihak.
![Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700806925_ChowKonYeow.jpg)
Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji
Chow berkata bayaran bonus kepada 3,867 penjawat awam negeri itu akan dibuat bulan Disember ini.
![DUN P. Pinang sebulat suara lulus usul nyatakan solidariti untuk Palestin DUN P. Pinang sebulat suara lulus usul nyatakan solidariti untuk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700796664_TBDUNjpg.jpg)
DUN P. Pinang sebulat suara lulus usul nyatakan solidariti untuk Palestin
Usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipersetujui sebulat suara tanpa bahas.
![Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024 Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700542784_TBBELANJAWAN.jpg)
Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.
![PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691889958_TBPHBNPulauPinang.jpg)
PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka
BN dan PKR juga akan segera melakukan post mortem untuk kenal pasti kelemahan.
![DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687828742_bubarDUN.jpg)
DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow
Tarikh itu telah dicadangkan dan telah mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.