YAYASAN Perpaduan Malaysia (YPM) menyambut baik usaha Peguam Negara, Tommy Thomas dalam mengarahkan inkues diadakan ke atas kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim untuk memastikan punca sebenar kematian anggota bomba tersebut apabila beberapa ‘petunjuk’ telah dijumpai setelah bedah siasat dijalankan. Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kes kematian Adib yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh sememangnya perlu inkues memandangkan belum ada pihak yang didapati bertanggungjawab ke atas kematiannya.
Sebagaimana inkues penting dalam kes kematian Adib, siasatan yang telus dan komprehensif juga perlu dilakukan atas rusuhan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 26 November 2018. Siasatan bebas perlu dilaksanakan demi mengenal pasti punca tercetusnya rusuhan tersebut, individu-individu yang terlibat, motif rusuhan, kesan daripada insiden tersebut yang mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda, peranan pihak media, dan respons jabatan polis serta bomba.
Apa yang mendukacitakan orang awam, sehingga kini masih tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi pada awal pagi 26 November tersebut walaupun peristiwa itu telah berlaku lebih daripada sebulan yang lalu. Khabar angin mula tersebar dalam kalangan rakyat Malaysia dengan ketiadaan maklumat lengkap daripada pihak berkuasa. Perkara ini sedikit sebanyak telah menjadi asbab kewujudan tanggapan negatif terhadap hubungan etnik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beberapa kumpulan Melayu-Islam dan India-Hindu telah mencadangkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan demi menyiasat rusuhan 26 November tersebut. Penubuhan suruhanjaya siasatan itu dan proses siasatannya mungkin akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Bagaimanapun, masih ada jalan lain yang boleh diikhtiarkan.
Dewan Rakyat harus dibenarkan untuk menjalankan siasatan ke atas rusuhan tersebut. Sebuah resolusi Dewan di bawah Peraturan Mesyuarat 88A diperlukan untuk membolehkan Dewan mewujudkan sebuah jawatankuasa di bawah Yang di Pertua Dewan Rakyat (Speaker) sebagai pengerusi yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh Dewan Rakyat sendiri. Walaupun Dewan Rakyat sedang dalam penangguhan pada waktu ini, mereka boleh dipanggil semula untuk berkumpul atas tujuan khusus tersebut. Jawatankuasa tersebut akan memiliki kuasa penyiasatan yang luas dan Dewan akan dimaklumkan terus setelah keputusannya dicapai. Walaupun laporan jawatankuasa parlimen ini tidak setanding dengan penghakiman, namun keputusannya mampu membawa nilai moral yang signifikan. Syor-syor jawatankuasa ini mampu menjadi asas untuk tindakan undang-undang dan kehakiman yang seterusnya.
Peranan yang baharu untuk Parlimen Malaysia yang dicadangkan ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang penting. Dewan Rakyat khususnya, merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia dan kedudukannya tiada tandingan dalam sistem pemerintahan di negara ini. Tambahan pula, ia merupakan institusi yang terdiri daripada kaum dan agama yang pelbagai. Institusi sedemikian rupa berpotensi memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menyelesaikan cabaran etnik di negara ini berbanding kebanyakan institusi yang lain. Penglibatan Parlimen melalui jawatankuasa Dewan Rakyat dalam peristiwa etnik yang konkrit akan memperkukuhkan pengalaman Palimen dalam sistem pengurusan hubungan etnik.
Setelah memikirkan tentang rusuhan yang berlaku, beberapa pengajaran bernilai boleh kita ambil daripada insiden tersebut. Pertama sekali, maklumat sahih tentang latar belakang sesebuah kejadian, evolusi dan kesannya perlu dimaklumkan kepada orang ramai dengan segera, dan perkara tersebut sebaiknya harus dilakukan oleh pihak berkuasa. Kedua, penipuan dan maklumat yang menyimpang perlu segera ditangani dengan berkesan. Perkara ini mungkin akan memerlukan tindakan yang drastik terhadap pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab. Ketiga, sesiapa sahaja yang bertanggungjawab dalam mempengaruhi fikiran orang awam, sama ada pemimpin politik, aktivis sosial atau pengulas media, perlu mengambil pendekatan yang menyeluruh, bukan sekadar pendekatan partisan dan sempit. Tidak dinafikan, dalam kejadian kuil tempoh hari, ada beberapa individu memberi reaksi partisan terhadap isu tersebut dan sebagai akibatnya, ia menjadi lebih buruk dan tidak terkawal. Keempat, pihak yang terlibat perlu mencari jalan penyelesaian dengan segera tanpa melambatkan proses tersebut.
Apabila isu etnik dibiarkan untuk memburukkan lagi keadaan, ia mampu mewujudkan persengketaan yang besar. Kelima, walau pun penyelesaian tidak harus mengambil masa yang panjang, semua pihak harus memastikan penyelesaian tersebut adalah adil kepada semua pelaku. Sebagai garis panduan am, pihak-pihak yang terlibat seharusnya mematuhi Perlembagaan Malaysia, termasuklah cita-cita dan prinsip-prinsip Rukunegara.
* Dr Chandra Muzaffar merupakan bekas Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia (YPM).
** Professor Dr Suresh Kumar Govind ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPM yang baharu.
*** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Chandra Muzaffar, Prof Dr Suresh Kumar Govind
Thu Jan 03 2019
![[PERSPEKTIF] Mencari jawapan kepada rusuhan kuil melalui Dewan Rakyat [PERSPEKTIF] Mencari jawapan kepada rusuhan kuil melalui Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41543284624_KUIL.jpg)
Apa yang mendukacitakan orang awam, sehingga kini masih tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi pada awal pagi 26 November tersebut. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

12 terperangkap dalam lif diselamatkan bomba
Hamizul berkata, semua mangsa dalam keadaan selamat dan tiada yang mengalami sesak nafas.

Pemandu forklift maut terjatuh ke dalam longkang
Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam parit menggunakan pengusung.

Litar pintas dipercayai punca lima beranak rentung
Anggaran awal jumlah kerugian akibat kebakaran ini melebihi RM100,000.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.

Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.

Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.

Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.

Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.