KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di London hari ini bagi Lawatan Khas ke London, United Kingdom (UK).
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada pukul 9.30 malam waktu tempatan.
Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh wakil Istana Buckingham Deputy Lord Lieutenant Elizabeth Slack.
Selain itu, hadir sama Wakil Khas Setiausaha Luar Negara, David Gordon-MacLeod dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Zakri Jaafar.
Lawatan Khas Seri Paduka Baginda berdua ke London itu adalah atas persilaan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Pemerintah UK di Westminster Abbey pada Sabtu ini.
Seri Paduka Baginda berdua turut dijadualkan menghadiri Majlis Resepsi dihoskan oleh Baginda Raja Charles III di Istana Buckingham, London pada Jumaat.
Kali terakhir Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat ke Istana Buckingham ialah pada 12 Oktober 2022 sempena kunjungan hormat ke atas Raja Charles III.
Kunjungan hormat tersebut bersempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke London dari 10 hingga 16 Oktober 2022.
Astro Awani
Thu May 04 2023
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada pukul 9.30 malam waktu tempatan - Foto/ Istana Negara
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Pertabalan Raja Charles III: Agong, Permaisuri berangkat tiba di London
Lawatan Khas Seri Paduka Baginda berdua ke London itu adalah atas persilaan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Pemerintah UK di Westminster Abbey pada Sabtu ini.
Agong, Permaisuri berangkat ke London, hadiri pertabalan Raja Charles III
Ia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Pemerintah United Kingdom (UK) di Westminster Abbey pada Sabtu ini.
Presiden UAE meninggal dunia: Agong berkenan kibar bendera peribadi separuh tiang lima hari
Allahyarham Sheikh Khalifa Zayed meninggal dunia semalam pada usia 73 tahun.
Ismail Sabri tinggalkan Istana Negara
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 di Istana Negara pada jam 2.28 petang, hari ini.
Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.
Ulang Tahun Perkahwinan ke-35 Pasangan Diraja: Biodata Yang Di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.
#AgongKita: Kaji semula program pembangunan sukan untuk lahir atlet berjaya, titah Al-Sultan Abdullah
Sultan Abdullah bertitah adalah menjadi impian mana-mana pemimpin, apatah lagi sebagai ketua utama negara untuk melihat kejayaan atlet negara menjulang nama Malaysia.
#AgongKita: Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar simbol
Sultan Abdullah bertitah banyak pihak menyatakan rakyat di negara ini dilihat semakin berpecah belah, namun Seri Paduka berpandangan ia tidak serapuh seperti yang dikatakan.
Al Sultan Abdullah pencetus inspirasi bola sepak Malaysia, Asia - AFC
Shaikh Salman juga secara peribadi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas sumbangan dan komitmen cemerlang baginda terhadap pembangunan bola sepak.
Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Dataran Parlimen
Al-Sultan Abdullah kemudian berangkat ke Istana Negara untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan.