Pasukan Kuching City FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengatasi Selangor 2 dengan kemenangan tipis 1-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri Sarawak di sini, malam ini.
Pemain pertahanan berusia 42 tahun, Rames Lai Ban Huat muncul wira skuad "The Cats" apabila sepakan hantaran silangnya terus memasuki gawang lawan pada minit ke-25.
Beraksi di hadapan lebih 100 penonton, jaringan awal itu membangkitkan semangat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk terus menggandakan asakan dan berjaya mencipta beberapa peluang keemasan pada babak pertama.
Namun, kesemua percubaan gagal diterjemahkan akibat ketumpulan jentera serangan.
Memasuki babak kedua, pasukan pelawat berusaha mendapatkan jaringan penyamaan namun gagal dan keputusan berakhir 1-0 dengan Kuching City meraih tiga mata penuh.
Keputusan malam tadi menyaksikan Kuching City, yang kekal di kedudukan keempat, berjaya merapatkan jurang bersama tiga pasukan teratas dengan 30 mata, manakala Selangor 2 kekal di tangga kelapan dengan 13 mata selepas 16 aksi.
Kelantan FC kekal di persada liga dengan 36 mata selepas 16 perlawanan, diikuti Johor Darul Ta'zim (JDT) II yang kurang satu aksi dengan 33 mata dan Terengganu FC II dengan 30 mata, mengatasi Kuching City berdasarkan kelebihan jaringan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
![Pertahanan berusia 42 tahun, Rames muncul wira Kuching City atasi Selangor 2 Pertahanan berusia 42 tahun, Rames muncul wira Kuching City atasi Selangor 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661378111_LigaPremierMalaysi.jpg)
Rames Lai (kanan) muncul wira skuad The Cats apabila sepakan hantaran silangnya terus memasuki gawang lawan pada minit ke-25. - Foto Facebook Kuching City FC
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966131_KuchingCityFC.jpg)
Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.
![Harimau Selatan 'gigit' The Rhinos 4-0 Harimau Selatan 'gigit' The Rhinos 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736650923_tbJDTSabahFC.jpg)
Harimau Selatan 'gigit' The Rhinos 4-0
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pertama selepas terikat 0-0 sepanjang 45 minit permainan.
![Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734987231_SabahFootballClub.jpg)
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
![Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733826114_PauMartiVicente.jpg)
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
![Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732233868_RafaelVitor.jpg)
Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
![Liga Super: Kuching City kembali temui rentak kemenangan, Terengganu ikat Perak Liga Super: Kuching City kembali temui rentak kemenangan, Terengganu ikat Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729986299_TBLigaSUper.jpg)
Liga Super: Kuching City kembali temui rentak kemenangan, Terengganu ikat Perak
Biarpun 'tempang' tanpa dua pemain selepas kad merah dilayangkan, ia tidak menjejaskan usaha Kuching City mengutip tiga mata berharga.
![JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727489883_HectorBidoglio.jpg)
JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
Beliau berkata para pemain tidak memberikan prestasi sepenuhnya, dan mereka perlu memperbaikinya.
![Kuching City nyaris sekat tiga mata JDT di laman sendiri Kuching City nyaris sekat tiga mata JDT di laman sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727478738_TBLigaSuper.jpg)
Kuching City nyaris sekat tiga mata JDT di laman sendiri
Skuad Harimau Selatan tampil dengan corak taktikal berbeza dan turut merehatkan beberapa pemain utama.
![Selangor kekal bersih di laman sendiri, atasi Kuching City 4-0 Selangor kekal bersih di laman sendiri, atasi Kuching City 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726245403_SelangorFC.jpg)
Selangor kekal bersih di laman sendiri, atasi Kuching City 4-0
Selangor FC mengekalkan kedudukan sebagai pencabar utama pendahulu Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila menewaskan Kuching City FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
![Kuching City kutip mata berharga tewaskan Kelantan 1-0 Kuching City kutip mata berharga tewaskan Kelantan 1-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724710548_LigaSuper.jpg)
Kuching City kutip mata berharga tewaskan Kelantan 1-0
Kuching City FC mengutip tiga mata berharga untuk kekal di kedudukan keempat Liga Super 2024/2025 dengan menewaskan KDN FC 1-0.