MANCHESTER UNITED 1 CRYSTAL PALACE 3
Gary Neville telah memberi amaran kepada Manchester United bahawa mereka lebih memerlukan pertahanan tengah berbanding Jadon Sancho selepas mempamerkan persembahan buruk dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas ketua pasukan The Red Devils itu menganggap pasukan ketika ini tidak berpeluang untuk mendominasi saingan berkenaan dengan gandingan Harry Maguire dan Victor Lindelof menjadi pilihan utama.
Saranan itu terbukti menjadi kenyataan apabila pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer tersebut tumbang 1-3 kepada Crystal Palace di Old Trafford, awal pagi tadi.
Andros Townsend membuka tirai jaringan ketika permainan baru berusia tujuh minit tetapi kedudukan tuan rumah semakin parah selepas bola kawalan Jordan Ayew mengenai tangan Lindelof.
Penjaga gol United, David de Gea, yang tangkas menampan sepakan penalti itu, hampa apabila pengadil mengarahkan tendangan Ayew itu dibuat semula dan kali ini bekas pemain, Wilfred Zaha, menyempurnakan peranan itu.
Walaupun pemain tengah dari Belanda, Donny van de Beek, cuba merapatkan jurang namun Zaha sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan meledak gol ketiga pada minit ke-85.
Selepas menduduki tempat ketiga musim lalu susulan rentetan 14 perlawanan tanpa kalah, United mahu memulakan kempen 2020-21 dengan harapan penamat yang lebih gemilang.
Mereka berhasrat membawa pemain masuk sayap England dan Borussia Dortmund, Sancho, Neville sebaliknya berpandangan keutamaan mereka ketika ini harus terletak di tempat lain.
Bercakap di Sky Sports, Neville berkata: "Anda boleh bercakap tentang Jadon Sancho yang anda suka tetapi jika mereka tidak mendapatkan bek tengah yang mampu berlari deras dan bertahan dalam situasi satu lawan satu, mereka tidak akan berpeluang memenangi liga.
"Mereka tidak akan memenangi liga dengan gandingan pertahanan pusat ini. Mereka harus mendapatkan pertahanan tengah yang cepat, dominan di samping Lindelof atau Maguire."
United kembali beraksi di peringkat domestik, lima minggu sesudah harapan mereka menjuarai Liga Europa 2019-20 berkecai dalam separuh akhir kepada Sevilla.
Neville berkata, United kelihatan "terketar-ketar", "sangat berkaki goyah" dan "mempunyai jurang besar dengan Crystal Palace" daripada segi kecergasan.
Lindelof, pertahanan dari Sweden yang memasuki musim keempatnya di Old Trafford, menjadi sasaran Neville selepas pemain itu memberi ruang kepada Zaha untuk menjaringkan gol kedua dan ketiga Palace.
"Dia tidak cukup kental di sana, Lindelof," katanya lagi.
"Ia situasi 50-50; dia lembik."
Bekas pemain benteng itu juga mempersoalkan apa reaksi United terhadap permulaan mereka yang goyah memandangkan pesaing-pesaing yang lain memulakan kempen dengan bergaya.
"Ini adalah perkara biasa bagi Manchester United, di belakang tabir, mereka akan bertindak balas -- mereka akan memburu seorang dua pemain untuk memadamkan persoalan di Twitter dan media sosial yang benar-benar akan terasa bahang, mendidih," katanya.
"Seminggu ini mereka akan terasa bahangnya terutama apabila Liverpool beraksi hari ini, Chelsea telah melakukannya dalam beberapa minggu terakhir, (Gareth) Bale pula akan ke Tottenham.
"Mengapa Manchester United tidak menandatangani pemain yang mereka perlukan untuk memperkuat skuad ini -- sebuah skuad berbakat?"
Astro Arena
Sun Sep 20 2020
Pemain Crystal Palace, Jordan Ayew (kanan) dan pemain Manchester United, Victor Lindelof (kiri) berebut bola dalam perlawanan EPL di Stadium Old Trafford, Manchester, England, 19 Sept, 2020. (Foto AP)
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Pemain kebangsaan Ukraine itu didakwa menggunakan bahan terlarang apabila sampel pertama ujian urinnya menunjukkan tanda positif.
Chelsea himpit Liverpool selepas menang di Tottenham
The Blues kini mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Caicedo bantu Chelsea ikat United di Old Trafford
Chelsea kini berada di tempat keempat liga dengan 18 mata manakala United pula di tempat ke-13 dengan 12 mata selepas 10 perlawanan.
EPL: 'Cole Palmer penyebab penyokong beli tiket tonton aksi Chelsea'
Palmer hanya memerlukan 75 saat selepas bermulanya separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kemenangan sekali gus meletakkan Chelsea mendahului 2-1.
EPL: Gol Jones kembalikan Liverpool ke puncak atasi Chelsea
Liverpool kembali berkelebihan satu mata di atas pencabar terdekat, City, dan empat mata di atas lawan berikutnya, Arsenal.