IPOH: Kadar pertambahan kenderaan pada waktu hujung minggu di bandar raya ini, menjadi antara faktor punca kegiatan 'ulat parkir' dikesan kembali rancak di sini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) peka dengan rungutan dan isu tersebut, di samping sudah menjalankan penguatkuasaan bersama pihak polis.
Menurutnya, antara kawasan yang menjadi sasaran ulat parkir ini adalah di sekitar Gerbang Malam, People's Park, termasuk Pekan Baru di sini, khususnya di waktu malam.
"Kita sudah perasan perkara itu dan memang penguatkuasaan pun sudah ditingkatkan.
"Tetapi untuk pengetahuan semua, sekarang Ipoh jika dibandingkan dengan tahun 2019, terutama hujung minggu, memang kadar peningkatan kereta di sini lebih tiga kali ganda.
"Jadi, boleh kata, peluang lebih banyak (untuk ulat parkir) kerana kakitangan kita (penguat kuasa MBI) tidak bertambah.
"Sekarang pula, ada banyak kawasan parkir, dan gelap pula, di samping pembangunan di kawasan tertentu. Di situ mereka (kegiatan ulat parkir haram) ini masuk," katanya mengulas isu ulat parkir yang dilihat kembali berleluasa di bandar raya ini.
Rumaizi ditemui pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Simposium Perak Sejahtera, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Rumaizi berkata, pihaknya juga mengatur kerjasama dengan pihak berkuasa lain seperti polis, bagi membanteras isu tersebut.
"Ada rondaan pada waktu malam yang dijalankan oleh penguat kuasa MBI bersama-sama anggota polis bagi meninjau lokasi-lokasi tertentu.
"Ada juga anggota polis yang berpakaian preman memberi maklumat. Itu antara usaha yang kita jalankan sekarang.
"Mereka (ulat parkir) ada kumpulan sendiri. Kalau mereka menyalahi undang-undang, akan dikenakan tindakan di bawah akta polis Kita hanya tahan sahaja, selebihnya polis yang akan ambil tindakan," katanya lagi.
Sebelum ini, difahamkan aktiviti atau kegiatan ulat parkir kembali berleluasa di sekitar bandar raya ini, khususnya di lokasi terpencil dan gelap pada waktu malam.
Situasi itu, sedikit sebanyak mendatangkan keresahan pada orang ramai kerana dikhuatiri akan mendatangkan kerosakan pada kenderaan jika tidak diberikan wang kepada individu terbabit.
Aida Aziz
Thu Oct 13 2022
RUMAIZI: Ada rondaan pada waktu malam yang dijalankan oleh penguat kuasa MBI bersama-sama anggota polis bagi meninjau lokasi-lokasi tertentu. - Foto Astro AWANI
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.
Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh
Nurul Syuhada Muksin, 18, dipercayai membawa beg pakaian dan keluar dari asrama sebuah politeknik di Ipoh pada 9 Okt.
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.
Sesak lebih lima kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora akibat kemalangan
Menurut PLUS, aliran trafik terhenti sepanjang 6.5 km akibat kerja-kerja pengalihan yang dijalankan setakat 7.20 malam.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Lelaki ditemui maut dalam kenderaan 4WD disyaki bunuh diri - Polis
Mangsa seorang warga tempatan berumur 42 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu tanpa kecederaan pada tubuhnya.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.