Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bakal menyaksikan pertandingan sengit bagi semua jawatan pentingnya bagi penggal 2016 hingga 2019 pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali kongres itu bulan depan.
Tumpuan pastinya diberikan kepada perebutan jawatan presiden di antara pemangku presiden Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, bekas setiausaha agung Abdul Halim Mansor serta naib presiden Zainal Ismail daripada Lembaga Air Perak pada pemilihan 30 Nov itu.
Abdullah Sani, yang menerajui jawatan tertinggi kesatuan sekerja itu berikutan kematian presidennya Mohd Khalid Atan pada Januari lepas, mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan tertinggi itu.
Beliau memberitahu Bernama hari ini bahawa 54 individu akan bersaing merebut 13 jawatan penting pada pemilihan itu, yang akan disertai 600 anggota perwakilan daripada 132 kesatuan pada persidangan dua hari bermula 29 Nov depan di Dewan Sivik, Petaling Jaya.
Abdullah Sani berkata pencalonan bagi pemilihan MTUC, yang ditutup pada 4 Okt lepas, menunjukkan pertandingan bagi semua jawatan penting dan calon-calon boleh menarik diri seminggu sebelum pilihan raya.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja Telekom Mohd Jafar Abd Majid dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden bersama-sama dengan Abdul Razak Md Hassan dan Datuk Loke Yim Pheng masing-masing daripada Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan.
Beliau berkata jawatan setiausaha agung pula dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan setiausaha agung MTUC N.Gopal Krishnam, J.Solomon daripada Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali daripada Kesatuan Amanah Ikthiar, masing-masing.
Penyandang Timbalan Setiausaha Agung A.Balasubramaniam pula dicabar A.Premkumar daripada Persatuan Eksekutif Maybank dan dua yang lain untuk mempertahankan jawatannya.
Seramai 23 anggota kesatuan dicalonkan untuk tiga jawatan naib presiden yang mewakili sektor awam, 13 dicalonkan bertanding tujuh jawatan naib presiden sektor swasta dan enam bertanding tiga jawatan naib presiden badan berkanun.
MTUC mempunyai kira-kira 620,000 anggota daripada 162 kesatuan gabungan sektor awam, swasta dan badan berkanun. --BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2016

Abdullah Sani, yang menerajui jawatan tertinggi kesatuan sekerja itu berikutan kematian presidennya Mohd Khalid Atan pada Januari lepas, mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan tertinggi itu. - fotoBERNAMA / Fail

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.

Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.

Megat D Shahriman minat terajui FAM
Megat D Shahriman Zaharudin, menyatakan minat untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2025-2029 yang dijadualkan pada 15 Feb depan.

Arthur menang tanpa bertanding jawatan Presiden PBRS
Arthur melihat tindakan ahli parti tidak mencabarnya untuk jawatan presiden sebagai satu kepercayaan yang amat dihargai.

Selepas ‘pujukan’, Muhyiddin ubah pendirian tidak berundur
Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pusingan U apabila mengumumkan beliau akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan presiden Bersatu bagi satu penggal lagi.

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.

MIC Pahang usul tiada pertandingan jawatan Presiden, Timbalan pada pemilihan 2024
Pengerusi MIC Pahang V. Arumugam berkata gandingan Presiden Tan Sri S.A. Vigneswaran dan Timbalannya Datuk Seri M. Saravanan cukup berwibawa dalam mengemudi parti.

Bukan tidak dipertandingkan tapi calon menang tanpa bertanding
Pas menjelaskan jawatan naib presiden parti itu bukanlah tidak dipertandingkan pada pemilihan sempena muktamar tahunan Oktober ini, sebaliknya tiga calon menang tanpa bertanding.

Muktamar Pas: Tiada calon cabar Abdul Hadi, Tuan Ibrahim - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjangkakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas tidak akan dicabar dalam Muktamar Tahunan Pas yang akan diadakan bulan depan.

PAU2022: 'Pengundi hantu? Mana boleh masuk tanpa kad akses' - Ahmad Zahid
UMNO menolak dakwaan wujud pengundi hantu yang dibawa masuk untuk meluluskan usul agar dua jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan.

140 Ketua Bahagian UMNO sokong jawatan presiden, timbalan presiden tidak dipertandingkan
Seramai 140 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara hari ini menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan.