Perebutan jawatan Ketua Pemuda Gerakan pada pemilihan sayap parti itu 25 Okt ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara timbalan Ketua Pemuda kebangsaan Oh Tong Keong dan Ketua Pemuda negeri Kedah, Tan Keng Liang.
Jawatan Timbalan Ketua Pemuda turut menyaksikan pertembungan dua calon antara timbalan Ketua Pemuda bahagian Kelana Jaya, Andy Yong Kim Seng dan Ketua Pemuda bahagian Kepala Batas, Teow Jit Meng.
Penyandang Ketua Pemuda Datuk Lim Si Pin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan kali ini.
Keputusan calon yang bertanding diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Pemilihan parti, Tan Sri Dr Chin Fook Weng selepas tamat proses penamaan calon Pemuda di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM, Cheras, di sini semalam.
Empat calon - Eee Chin Onn, Raja Muharimi Raja Muhammad, Yap Wen Piau dan Chang Yoong Hsi akan bertanding merebut tiga jawatan naib ketua Pemuda.
Sebanyak 18 calon bertanding untuk 12 kerusi Jawatankuasa Pusat (CC) termasuk empat penyandang iaitu Tang Luan Kang, Tan Hum Wei, Ooi Zhi Yi dan Chong Chee Yen.
Bercakap kepada pemberita selepas mengemukakan kertas pencalonan masing-masing, Oh dan Tan berkata mereka berazam untuk memperkukuhkan struktur di peringkat akar umbi sekiranya diberi mandat memimpin sayap itu.
Kedua-dua calon Ketua Pemuda itu turut beriktiar akan membawa lebih banyak pemuda menyertai parti itu.
Sebanyak 900 perwakilan Pemuda kebangsaan layak untuk mengundi pada pemilihan tersebut.
Bernama
Sat Oct 19 2013


ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Pelantikan timbalan menteri mengecewakan - Pemuda Gerakan
Pelantikan menteri dan timbalan menteri amat penting kerana melalui penempatan itu ia memberi signal tentang hala tuju yang ingin diambil.

Didakwa langgar kuarantin: Pemuda Gerakan buat laporan polis terhadap Guan Eng
Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.

Pakatan tanpa PAS, kerajaan Selangor dipimpin parti mana? - Keng Liang
Tan Keng Liang menggesa Parti Keadilan Rakyat dan DAP tampil menjelaskan bentuk kerjasama di dalam kerajaan negeri Selangor selepas PAS tidak lagi diterima dalam pakatan tersebut.

Kerajaan P.Pinang didesak beri maklumat tepat penutupan WWW - Pemuda Gerakan
Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri dan Taman Tema Wet World Wide memberi maklumat tepat dalam isu penutupan taman tema itu.

Pertarungan satu lawan satu bagi jawatan No 1 dan 2 Pemuda Gerakan
Pertandingan satu lawan satu akan berlangsung antara timbalan Ketua Pemuda kebangsaan Oh Tong Keong dan Ketua Pemuda negeri Kedah, Tan Keng Liang.