KUALA LUMPUR:Pertengkaran dan perselisihan faham di tempat kerja dalam kalangan warga asing menjadi motif utama kes bunuh di negara ini sejak 2009 hingga 2019, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.
Beliau berkata daripada 5,403 kes bunuh yang dicatat sepanjang tempoh itu, 844 kes adalah melibatkan pertengkaran di tempat kerja.
“Sebanyak 484 kes bunuh sepanjang tempoh itu pula berkaitan dengan insiden rompak, samun dan curi. Sebanyak 5,542 mangsa telah menjadi mangsa bunuh dengan 3,453 mangsa adalah warganegara Malaysia manakala selebihnya melibatkan warga asing,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini.
Beliau berkata pihaknya mengenal pasti kira-kira 50 peratus motif kes bunuh di negara ini, manakala selebihnya tidak dapat dipastikan antaranya kerana mayat yang sudah reput menyukarkan proses bedah siasat.
Huzir berkata sepanjang tempoh itu, seramai 9,398 individu ditahan kerana terbabit dalam kes pembunuhan.
Sementara itu, beliau berkata jenayah indeks di negara ini, yang dikategorikan mengikut jenayah kekerasan dan harta benda, menunjukkan tren penurunan sejak 11 tahun lepas.
Katanya, sebagai perbandingan jumlah keseluruhan kes jenayah kekerasan pada 2009 adalah 42,365 berbanding 16,902 pada 2019, manakala jenayah harta benda pula, jumlah kes dicatatkan pada 2009 ialah 170,313 berbanding 71,760 pada 2019.
Jenayah kekerasan antaranya membabitkan kes rogol bunuh dan samun manakala jenayah harta benda antaranya melibatkan curi dan ragut.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 1,444 premis judi telah dipotong bekalan elektrik di seluruh negara dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020

Huzir ketika sidang media di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kuala Lumpur, 30 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.

Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.

Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.

Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.

Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.

Gara-gara cemburu, ibu dua anak dibunuh, disumbat dalam bagasi merah
Antok, yang mengaku sebagai "suami siri" Uswatun, didakwa membunuh dan memutilasi mangsa kerana cemburu dan sakit hati setelah menuduh mangsa membawa lelaki lain ke kediamannya.

Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.

Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.

Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.