Kerajaan perlu mengambil kira semua aspek data dan maklumat saintifik dalam menetapkan sebarang undang-undang atau peraturan berkaitan penggunaan produk e-rokok, vape atau produk heat-not-burn.
Menurut Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia Dr Ng Yee Guan langkah ini membolehkan satu keputusan yang lebih objektif dan menyeluruh yang sekaligus mampu memacu usaha mengurangkan penggunaan rokok dalam masyarakat.
“Jika kita mampu hentikan semua dari aktiviti merokok termasuk penggunaan tembakau traditional dan e-rokok dan vape, ia memang jalan terbaik.
“Tetapi, melihat fakta yang sedia ada, usaha berhenti merokok ini sememangnya bukan satu perkara yang mudah untuk perokok. Mereka mengakui mengetahui tentang kesan dan bahaya rokok, namun kita perlu menyedari mereka sedang berdepan ‘tobacco disorder’.
“Kita tidak mahu mengalakkan amalan rokok, tetapi kita perlu membantu mereka dan mengurangkan kesan buruk rokok kepada mereka dan orang sekeliling,” kata Dr. Ng ketika ditemui di Forum Asia Harm Reduction 2019 di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.
Jelas Dr Ng, Tobacco Harm Reduction ataupun Pengurangan Kemudaratan Tembakau ini adalah satu strategi yang boleh dipertimbangkan oleh semua pihak bagi membantu perokok berhenti merokok.
Strategi ini juga dikatakan selaras dengan pelaksanaan kawalan bahaya di bawah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) yang diamalkan di tempat kerja.
“Di bawah kawalan OSH, kami mengikuti hierarki yang ditetapkan dalam memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja iaitu pertama sekali adalah langkah menghapuskan atau menamatkan serta-merta apa sahaja yang membahayakan.
“Jika tidak dapat menamatkan kami akan pilih untuk menggantikannya, seterusnya jika masih gagal kemudian kawalan kejuruteraan.
“Dalam isu tembakau, langkah penghapusan sudah terbukti sukar dilaksanakan. Oleh itu, kita boleh lihat alternatif yang kurang memudaratkan,” kata Dr. Ng.
Bagi Dr Ng, langkah pertama bagi perokok yang mahu berhenti merokok adalah untuk menyertai program seperti Mquit yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Individu yang mahu berhenti merokok ini juga boleh mengambil terapi gantian nikotin. Tetapi kita lihat terapi ini tidak berkesan kepada sesetengah orang kerana mereka berminat dengan pergerakan tangan ke mulut dan menghembuskan asap.
“Dalam kes ini, mungkin penggunaan e-rokok atau vape boleh dipertimbangkan. Kerana kita tahu kompaun karsinogenik iaitu racun yang jauh lebih tinggi dalam rokok tradisional.
“Namun kita perlu mengawalselia penggunaan e-rokok dan vape, ia mungkin boleh diberi sebagai satu preskripsi oleh pakar kepada individu tertentu,” kata Dr. Ng.
Forum yang berlangsung selama sehari itu menyaksikan kira-kira 200 pakar dalam pelbagai bidang seperti kardiologi dan penggubal undang-undang yang membincangkan isu pengurangan kemudaratan di Asia.
Antara maklumat dan data yang dikongsi termasuk negara-negara lain seperti New Zealand yang sudah membenarkan penggunaan vape dengan terkawal selepas melihat kesan bahaya yang lebih rendah berbanding rokok tradisional.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan dari Amerika Syarikat (US FDA) juga turut mengesahkan jumlah kompaun berbahaya dalam produk seperti heat-not-burn dan e-rokok adalah 90 peratus lebih rendah dari rokok tembakau tradisional.
Dania Zainuddin
Sat Sep 07 2019

Forum yang berlangsung selama sehari itu menyaksikan kira-kira 200 pakar dalam pelbagai bidang seperti kardiologi dan penggubal undang-undang yang membincangkan isu pengurangan kemudaratan di Asia. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Ncig tutup operasi di Malaysia, tumpu pasaran Eropah dan UK
Isu vape terus menjadi bualan hangat.Meskipun kerajaan ketika ini sedang melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan rokok elektronik itu.