MOSCOW/ ISTANBUL: Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Sabtu berkata bahawa pertuduhan jenayah terhadap ketua kumpulan separa tentera Wagner akan digugurkan, lapor Agensi Anadolu.
Peskov berkata Yevgeny Prigozhin akan berpindah ke Belarus tetapi tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu.
Jurucakap itu menyatakan bahawa Presiden Belarus Aleksandr Lukashenko menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai orang tengah antara Prigozhin dan pihak berkuasa Rusia kerana beliau secara peribadi mengenali Prigozhin selama 20 tahun.
"Terdapat matlamat lebih utama -- untuk mengelakkan pertumpahan darah, untuk mengelakkan konfrontasi dalaman, untuk mengelakkan akibat yang tidak dapat dijangka. Presiden (Rusia) (Vladimir) Putin telah membuat keputusan yang sesuai," katanya pada sidang media di Moscow.
Ditanya mengenai jaminan keselamatan buat Prigozhin ke Belarus, Peskov berkata: "Jaminan itu adalah kata-kata Presiden Rusia."
Peskov menafikan kemungkinan tawar-menawar mengenai rombakan di Kementerian Pertahanan Rusia antara Prigozhin dan Lukashenko.
Bagi pejuang Wagner lain yang enggan mengambil bahagian dalam "perarakan" Prigozhin ke Moscow, mereka akan menandatangani kontrak dengan Kementerian Pertahanan Rusia.
Operasi rejim antipengganas, yang diumumkan berikutan Prigozhin bercadang untuk menggulingkan ketua tentera, akan dibatalkan tidak lama lagi, kata Peskov.
Pegawai itu berhujah bahawa keadaan itu tidak memberi sebarang kesan ke atas "operasi ketenteraan khas" di Ukraine.
Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia sebelum ini memaklumkan kenyataan Prigozhin sebagai "seruan kepada pemberontakan bersenjata" dan membuka kes jenayah terhadapnya.
Putin dalam ucapannya pada 24 Jun lalu menggelar tindakan Prigozhin sebagai "pemberontakan bersenjata" dan "pengkhianatan".
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
Peskov berkata Yevgeny Prigozhin (foto) akan berpindah ke Belarus tetapi tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu. - Gambar fail/EUTERS/Yulia Morozova
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada 19 Jan lepas.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.
Donald Trump didapati bersalah palsukan rekod perniagaan
Barisan 12 orang juri mengambil masa dua hari untuk berbincang sebelum mencapai keputusan sebulat suara ke atas Trump.
Trump dakwa dirinya sasaran siasatan juri
Donald Trump mendakwa beliau menerima surat daripada Penasihat Khas, Jack Smith yang menyatakan bahawa beliau adalah sasaran siasatan juri.
Pertuduhan jenayah terhadap ketua Wagner Prigozhin akan digugurkan -- Kremlin
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Sabtu berkata bahawa pertuduhan jenayah terhadap ketua kumpulan separa tentera Wagner akan digugurkan.
Trump berucap buat kali pertama selepas pendakwaan
Beliau menyifatkan 'kes palsu' yang dikenakan terhadapnya semata-mata untuk mengganggu pilihan raya presiden AS 2024.
47 pertuduhan jenayah, satu tindakan penguatkuasaan sivil dilaporkan pada 2022 - SC
SC telah memulakan 47 pertuduhan jenayah terhadap enam individu atas pelbagai kesalahan sekuriti dan satu tindakan penguatkuasaan sivil terhadap lima individu pada tahun 2022.
Pertuduhan jenayah terhadap saya sebelum ini konspirasi politik yang dirancang - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pertuduhan jenayah yang dihadapinya sebelum ini adalah sebahagian daripada konspirasi politik yang dirancang.
Sebanyak 10 pertuduhan jenayah, 6 tindakan sivil difailkan pada 2021- SC
Ia membabitkan aktiviti tidak berlesen dan memberi maklumat palsu dalam pelaporan kewangan.
Thanathorn berdepan tuduhan jenayah
Jika disabitkan bersalah, jutawan berusia 41 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, denda sehingga 200,000 baht dan larangan menyertai politik selama 20 tahun.
Gopal Sri Ram mungkin boleh jadi saksi kerana terlibat dalam siasatan 1MDB - Peguam
Peguam yang mewakili Najib berhujah, Sri Ram bertindak berdasarkan konflik kepentingan kerana beliau terlibat dalam siasatan dan juga pendakwaan dalam kes 1MDB yang dihadapi Najib.