KUALA LUMPUR: Dua pertuduhan di bawah Akta Syarikat 2016 yang dihadapi Pengarah FGP Ventures Sdn Bhd Khemlani Satesh telah ditarik balik oleh pihak pendakwaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FGP Ventures kedua-dua pertuduhan terhadap Khemlani mengikut Seksyen 43(1) dan Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016, termasuk satu pertuduhan terhadap FGP Ventures di bawah Seksyen 43(1) Akta yang sama telah ditarik balik oleh pendakwaan pada 26 Feb.
Pada 10 Dis lepas FGP Ventures dan Satesh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini dengan dua pertuduhan setiap satu di bawah Seksyen 43(1) dan 90(4) Akta Syarikat 2016 kerana menawarkan Saham Keutamaan Boleh Tebus Islam (iRPS) bernilai RM15 juta kepada orang ramai antara Ogos 2020 dan Ogos 2021 dan untuk mengumpul iRPS tanpa perlembagaan syarikat.
Bagaimanapun pada 9 Jan lepas FGP Ventures dan pengarahnya telah mengemukakan representasi melalui peguam mereka Muhammad Hasif Ghazali daripada Messrs Masleena, Yee Partners yang telah dipertimbangkan sewajarnya oleh pihak pendakwaan, menurut syarikat itu dalam kenyataan.
FGP Ventures juga menyatakan pada tarikh sama (26 Feb) syarikat itu mengaku bersalah terhadap kesalahan di bawah Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 dan didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini mengikut Seksyen 90(5) Akta Syarikat 2016 yang telah diselesaikan oleh FGP Ventures Sdn Bhd pada hari yang sama.
"Dalam mengenakan denda itu Hakim Norina Zainol Abidin mengambil kira bahawa ia adalah ketidakpatuhan pertama yang dilakukan oleh FGP Ventures di bawah Akta Syarikat 2016, dan syarikat itu telah membetulkan ketidakpatuhan itu dengan mengemukakan perlembagaan dipinda yang dikhususkan untuk peruntukan iRPS oleh FGP Ventures Sdn Bhd dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024

Dalam mengenakan denda itu hakim mengambil kira bahawa ia adalah ketidakpatuhan pertama yang dilakukan FGP Ventures di bawah Akta Syarikat 2016 dan syarikat itu telah membetulkan ketidakpatuhan itu. - Gambar hiasan

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM
FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah.

Pertuduhan terhadap pengarah FGP Ventures ditarik balik
Pada 9 Jan, FGP Ventures dan pengarahnya mengemukakan representasi melalui peguam dan ia dipertimbangkan sewajarnya oleh pihak pendakwaan.