Arahan pertukaran ke atas dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob minggu lalu mengundang laporan awam terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Laporan dibuat beberapa individu kepada SPRM, mendakwa arahan pertukaran itu sebagai satu bentuk gangguan kepada siasatan agensi tersebut.
Ia susulan kebimbangan mereka berhubung tindakan ke atas Bahri, Pengarah Operasi Khas, dan Rohaizat, Pengarah Komunikasi Strategik.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali mengesahkan menerima laporan itu, dan akan merujuknya ke jabatan perundangan untuk tindakan lanjut.
"Ada laporan dibuat, tetapi bukan dari pegawai saya," kata Mustafar kepada Malaysian Insider pada Khamis.
Beberapa jam sebelum pengesahan tersebut, Mustafar menafikan laporan MalaysiaKini bahawa pegawai-pegawai SPRM ada membuat laporan terhadap Ali Hamsa dan Mohamad Zabidi mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009.
Mustafar ketika mengulas laporan portal berkenaan di bawah tajuk "MACC files reports against chief sec, PSD head on transfers, menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas.
"Selain tidak berasas sama sekali, SPRM berpandangan laporan seumpama ini bermotif melaga-lagakan hubungan baik antara agensi-agensi awam dan kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia," kata Mustafar dalam satu kenyataan pada Khamis.
SPRM juga katanya, berharap pihak media harus bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah.
MalaysiaKini dipetik sebagai berkata, beberapa pegawai SPRM didakwa telah membuat laporan terhadap Ali Hamsa dan Mohamad Zabidi berhubung perpindahan Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Rohaizad Yaakob, sambil memetik sumber yang dirahsiakan.
"Terdapat beberapa laporan yang difailkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009," menurut sumber berkenaan.
Seksyen 48 Akta SPRM adalah berkaitan kesalahan menghalang siasatan.
Susulan bantahan keras daripada pelbagai pihak, perpindahan dua pegawai kanannya itu ke Jabatan Perdana Menteri pada Jumaat lalu, dibatalkan.
Astro Awani
Thu Aug 13 2015
![Pertukaran dua pengarah SPRM undang laporan dari orang awam Pertukaran dua pengarah SPRM undang laporan dari orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41438790380_MustafarAli.jpg)
MUSTAFAR: Pihak media harus bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650879450_PuanSriRohaniAbd.jpg)
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah.
![PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650857279_PerdanaMenteri.jpg)
PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
![Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650819197_TanSriAliHamsaB.jpg)
Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.
![Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650513185_TanSriAliHamsaB.jpg)
Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Penghormatan terakhir diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari 8 hingga 9.45 pagi.
![Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650513185_TanSriAliHamsaB.jpg)
Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad
KSU K-KOMM, Mohammad Mentek rakam penghargaan di atas budi dan jasa Allahyarham Ali Hamsa kepada penjawat awam.
![Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650513370_AliHamsa.jpg)
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
![Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650507066_TanSriAliHamsaB.jpg)
Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia
Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.
![Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/41574158887_TBALIHAMSA.jpg)
Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.
![Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574225970_najib.jpg)
Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah
Rakaman berkenaan antara lain dikaitkan dengan keputusan yang dibuat untuk menghapuskan empat isu daripada laporan audit 1MDB.
![Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574158887_TBALIHAMSA.jpg)
Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016.