Ekonomi Kelantan dijangka lebih memberangsangkan menjelang tahun hadapan berdasarkan pertumbuhan ekonomi semasa, kata Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kelantan Zuraidy Zainal Abidin.
Zuraidy berkata berdasarkan statistik DOSM, pertumbuhan ekonomi Kelantan meningkat sebanyak 2.89 peratus pada 2018.
"Terdapat sebanyak 450,000 syarikat perniagaan pada tahun tersebut termasuk bertaraf mega yang merupakan antara pemacu perkembangan ekonomi di Kelantan. Berdasarkan unjuran semasa, ekonomi Kelantan berada pada kedudukan positif dan bertumbuh dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Program Bicara Statistik 2019 Sempena Hari Statistik Negara Peringkat Negeri Kelantan yang turut dihadiri Timbalan Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Mohd Safri Ya di sini, pada Ahad.
Program yang disertai 150 orang siswa Ijazah Sarjana Muda Statistik dan pensyarah bidang pengajian itu bertujuan meningkatkan kefahaman komuniti tentang pentingnya data statistik kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Zuraidy berkata kadar pendapatan perkapita rakyat Kelantan juga dijangka meningkat menjelang tahun hadapan berbanding RM4,000 pada 2016.
"Skop pendapatan rakyat Kelantan bukan dirujuk kepada gaji sahaja, bahkan menerusi sumber lain termasuk hasil perniagaan. Ia juga didorong kemasukan wang daripada rakyat Kelantan yang bekerja di luar negeri ini yang dikirim kepada ibu bapa atau keluarga," katanya.
Katanya penyediaan kemudahan asas yang lebih baik termasuk pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, dijangka akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi di Kelantan.
Beliau berkata sektor perkhidmatan, termasuk pelancongan, merupakan antara sektor yang boleh diberi tumpuan oleh kerajaan negeri, selari dengan kemudahan yang disediakan kerajaan Persekutuan.
Dalam perkembangan lain Zuraidy berkata DOSM buat pertama kali akan mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam pelaksanaan banci penduduk tahun hadapan.
Katanya berdasarkan ujuran DOSM, terdapat sejumlah 1.9 juta penduduk di Kelantan tahun hadapan dan sejumlah 500 pegawai pembanci akan dilantik bagi melakukan proses bancian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 17 2019
![Pertumbuhan ekonomi Kelantan dijangka lebih memberangsangkan tahun hadapan Pertumbuhan ekonomi Kelantan dijangka lebih memberangsangkan tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573997879_kotabharu.jpg)
Berdasarkan statistik DOSM, pertumbuhan ekonomi Kelantan meningkat sebanyak 2.89 peratus pada 2018. - Facebook/@Roslin Ali
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.
![Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727400530_ringgitduit.jpg)
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
![PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722092769_Mumbai.jpg)
PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.
![Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713917570_NadiraYusoff.jpg)
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
![Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697790778_JiwaSMEPenang.jpg)
Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.
![PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023 PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685335523_PETRONAS.jpg)
PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan
![Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687244685_TBMOGOKGRAB.jpg)
Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.
![Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664007926_sushinasilemak.jpg)
Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.
![MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645871777_pavilionmalaysiad.jpg)
MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.
!['Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal 'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644300820_TBKOPITEDUH.jpg)
'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.
![Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81588742957_IKS.jpg)
Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.