KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang kukuh sebanyak 4.7 peratus tahun ini di tengah-tengah momentum pertumbuhan yang bertambah baik, kata MIDF Research.
Firma penyelidikan itu dalam tinjauan bulanannya bagi Januari 2024 berkata, pertumbuhan yang bertambah baik itu dijangka disokong oleh pemulihan perdagangan luar, di samping pertumbuhan mampan dalam perbelanjaan domestik.
"Bagaimanapun, kami memantau dengan berhati-hati potensi risiko penurunan, seperti peningkatan ketegangan geopolitik, gangguan bekalan (dan perdagangan global), turun naik pasaran komoditi dan kewangan," katanya.
Selain itu ia turut mengambil kira kemungkinan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat (AS), yang boleh menjejaskan permintaan luar Malaysia dan prospek pertumbuhan keseluruhan.
"Di peringkat domestik, kami memantau dengan teliti faktor-faktor yang boleh memberi kesan kepada prospek harga, yang mungkin menjejaskan keseluruhan aktiviti perbelanjaan domestik," katanya.
Sementara itu, MIDF Research menganggarkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar sederhana sebanyak 3.4 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2023, meningkat sedikit daripada 3.3 peratus pada suku sebelumnya.
"Walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih sederhana pada suku keempat 2023, berdasarkan arah aliran dalam kedua-dua Indeks Pelopor dan Indeks Serentak, kami menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus berkembang, disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik dan jangkaan pemulihan dalam permintaan luar," katanya.
"Bagi tahun penuh 2023, (berdasarkan anggaran awal) pertumbuhan KDNK Malaysia sederhana kepada +3.8 peratus, rendah sedikit berbanding anggaran kami berikutan penurunan dalam perdagangan luar dan aktiviti pembuatan.
Secara keseluruhannya, pertumbuhan terus dipacu oleh peningkatan permintaan dalam negeri yang berterusan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024

MIDF Research menganggarkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar sederhana sebanyak 3.4 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2023. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.

MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi
Jualan domestik dijangka kekal lemah kerana pengguna mengutamakan pembelian penting.

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535.0 juta

Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.

Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.

Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.

Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.

Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.

Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).

Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.