KUALA LUMPUR: RHB Research kekal berhati-hati terhadap risiko daripada kelembapan ekonomi global terhadap prestasi perdagangan Malaysia pada separuh kedua (H2) 2022, kerana tanda-tanda kelembapan dalam momentum eksport ke Amerika Syarikat (AS) dan China sudah jelas dalam data Jun.
Firma penyelidikan itu berkata, prestasi perdagangan negara dijangka masih kekal berdaya tahan pada suku ketiga tahun ini.
Bagaimanapun, ia menambah, eksport boleh menjadi perlahan pada suku keempat disebabkan oleh permintaan global yang lemah berikutan keadaan monetari dan kewangan yang lebih ketat, prospek yang lebih lemah untuk eksport komoditi dan kelembapan dalam pertumbuhan China di tengah-tengah dasar sifar COVID negara itu.
RHB Research berkata kesan pengetatan monetari berikutan normalisasi dasar monetari berkemungkinan memberi kesan kepada ekonomi global menjelang akhir tahun, mengakibatkan kelembapan aktiviti ekonomi global.
"Jangkaan kelembapan dalam permintaan global, terutamanya memandangkan peningkatan risiko kemelesetan di AS dan Kesatuan Eropah digandingkan dengan pertumbuhan yang mengecewakan di China, mungkin mengurangkan momentum peningkatan dalam pertumbuhan eksport pada masa hadapan," katanya dalam nota penyelidikan pada Rabu.
Terdahulu Jabatan Perangkaan mengumumkan jumlah perdagangan Malaysia merekodkan pertumbuhan dua angka sebanyak 43.4 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada Jun 2022 untuk mencapai paras tertinggi baharu sebanyak RM270.4 bilion.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata eksport meningkat 38.8 peratus tahun ke tahun kepada RM146.2 bilion pada Jun 2022, berkembang untuk bulan ke-22 berturut-turut sejak September 2020, manakala import melonjak 49.3 peratus tahun ke tahun kepada RM124.2 bilion.
RHB Research berkata permintaan dan harga komoditi dijangka berkurangan menjelang akhir tahun di tengah-tengah keadaan prospek ekonomi global yang lebih suram, sekali gus menjejaskan juga perolehan eksport Malaysia.
Ia menyatakan prestasi eksport Malaysia mungkin akan mengalami sedikit pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan di China.
"Momentum eksport ke China menunjukkan aliran menurun sejak awal tahun di tengah-tengah aktiviti ekonomi yang lebih perlahan di China berikutan pelaksanaan langkah-langkah pembendungan yang berterusan dengan lebih ketat," tambahnya.
Sementara itu, MIDF Research menaik taraf unjuran pertumbuhan 2022 bagi kedua-dua eksport dan import kepada 20.9 peratus dan 25.6 peratus, memandangkan angka perdagangan luar yang lebih tinggi daripada jangkaan pada separuh pertama tahun itu.
"Kami menjangkakan permintaan luar yang semakin meningkat untuk produk elektrik dan elektronik serta komoditi, terutamanya minyak sawit dan produk petroleum, akan memacu pertumbuhan eksport keseluruhan tahun ini, dan pertumbuhan import yang kukuh akan berterusan didorong oleh peningkatan dalam aktiviti ekonomi domestik," katanya.
Bagaimanapun, firma penyelidikan itu tetap berhati-hati tentang kemungkinan pertumbuhan global yang lebih perlahan hingga boleh menjejaskan aktiviti perdagangan di masa hadapan.
"Risiko negatif terhadap prospek perdagangan boleh berlaku daripada permintaan global yang lebih lemah di tengah-tengah peningkatan inflasi di seluruh dunia, kemungkinan kelembapan yang mendadak di AS akibat pengetatan dasar monetari yang agresif, dan pemulihan lemah di China selepas sekatan COVID-19 pada awal tahun ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Firma penyelidikan itu berkata, prestasi perdagangan negara dijangka masih kekal berdaya tahan pada suku ketiga tahun ini. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF
Pasangan suami isteri ini tidak menyangka penderitaan mereka mendapat perhatian istimewa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.
Tumpuan Jumaat – 7 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
Momentum perdagangan Malaysia dijangka bertambah baik pada awal separuh kedua - RHB Research
Momentum perdagangan Malaysia dijangka menunjukkan tanda-tanda peningkatan pada awal separuh kedua tahun ini berdasarkan pemulihan ekonomi global, kata RHB Research.
Pendekatan sederhana kerajaan baharu kurangkan risiko kawal selia - RHB
RHB Research turut menekankan kepada keperluan untuk melaksanakan pembaharuan fiskal dan ekonomi serta inisiatif rasionalisasi subsidi.
Pertumbuhan global yang lembap boleh jejas prestasi perdagangan Malaysia separuh kedua 2022
RHB Research kekal berhati-hati terhadap risiko daripada kelembapan ekonomi global terhadap prestasi perdagangan Malaysia pada separuh kedua (H2) 2022.
Empat telco utama belum pasti sertai 5G - Penganalisis industri
Lebih dua bulan sudah berlalu sejak kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan model rangkaian borong tunggal (SWN).
Eksport Malaysia berkembang dalam separuh pertama 2021
Malaysia dijangka meneruskan pertumbuhan eksport yang cemerlang pada separuh pertama 2021, kata firma penyelidikan.
MAHB dijangka catat pendapatan kukuh bagi tahun kewangan 2020 - RHB
RHB Research menjangka MAHB mencatatkan pertumbuhan pendapatan kukuh 13 peratus dalam tahun kewangan 2020, disokong oleh anggaran peningkatan lima peratus dalam kuantiti penumpang.
KDNK sebenar Malaysia diunjur 5.0 peratus pada 2018-2019
Aktiviti ekonomi global yang lebih perlahan juga berkemungkinan besar turut memberi kesan terhadap permintaan eksport Malaysia.
BNM dijangka kekalkan OPR bagi tempoh berbaki 2017 - RHB Research
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalamannya (OPR) pada tiga peratus bagi tempoh berbaki 2017, kata RHB Research.