Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hari ini memaklumkan penukaran aliran lalu lintas dua hala ke sehala untuk beberapa bahagian jalan, di sini, pada 25 Nov ini bermula jam 12.01 pagi (Ahad).
MBPP dalam satu kenyataan memaklumkan, antara bahagian jalan yang ditukar aliran dua hala ke sehala ialah Jalan Jelutong (antara Jalan Lenggong ke Solok Perak), Jalan Perak (antara Solok Perak ke Jalan Lenggong) dan Jalan Lenggong berikutan kerja-kerja menaik taraf jalan akan dilaksanakan pada tarikh tersebut.
"Tujuan sistem jalan sehala ini dicadangkan adalah bagi melancarkan aliran lalu lintas berikutan kerja-kerja menaiktaraf Sungai Jelutong oleh Jabatan Pengairan dan saliran serta meningkatkan keselamatan kawasan ini.
"Solok Perak akan ditutup untuk semua jenis kenderaan kecuali penduduk 'Aspen Residence' dan pengunjung pasaraya Sunshine di Solok Perak," katanya.
MBPP turut meminta semua pemandu supaya mematuhi arah aliran lalu lintas dan larangan yang diterapkan demi keselamatan orang ramai bagi memastikan kelicinan trafik di kawasan terlibat. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 22 2018

Antara jalan raya yang terlibat termasuk Jalan Jelutong, Jalan Perak dan Jalan Lenggong. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Perubahan aliran lalu lintas sebahagian jalan di Pulau Pinang
Ia akan berlaku pada 25 Nov bermula jam 12.01 pagi.