IMPAK perubahan iklim dan pemanasan global akibat pencemaran serta pelepasan gas karbon dioksida semakin dirasai oleh industri perikanan negara yang merekodkan kemerosotan jumlah hasil tangkapan sejak beberapa tahun lalu.
Memetik data bagi tempoh 2020 hingga 2022, Jabatan Perikanan Malaysia (DoF) berkata berlaku penurunan secara konsisten dari tahun ke tahun sepanjang tempoh berkenaan yang secara langsung mencerminkan ancaman ke atas sekuriti makanan negara.
"Pada 2020, kita merekodkan pendaratan 1.38 juta tan metrik hasil laut, merosot kepada 1.32 juta tan pada 2021 dan 1.31 juta tan metrik pada tahun berikutnya (2022).
"Antara puncanya ialah peningkatan paras keasidan laut yang menjadikan air laut lebih panas, mendorong kelompok ikan palegik (permukaan laut) seperti kembung dan selayang, 'berpindah' ke kawasan yang airnya lebih sejuk," kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain dalam temu ramah dengan Bernama baru-baru ini.
Isu itu, jika dibiarkan katanya, bukan sahaja mengancam rantaian bekalan makanan negara, tetapi lebih kritikal lagi berpotensi menutup periuk nasi lebih 116,000 nelayan sepenuh masa yang berdaftar di negara ini.
"Memang jelas trend penurunan yang berlaku dewasa ini, dan kita perlu bertindak pantas untuk menangani permasalahan tersebut sebelum keadaan menjadi bertambah serius," tegasnya.
KURANG TANGKAPAN, TINGKAT PERSAINGAN
Jelas Adnan, akibat kekurangan hasil laut di kawasan biasa mereka, nelayan akan meluaskan aktiviti penangkapan ke kawasan lain, sekali gus meningkatkan persaingan dengan nelayan sedia ada di kawasan yang berkenaan.
"Ini antara punca mengapa ada nelayan-nelayan kita melaporkan jumlah tangkapan mereka semakin berkurangan," katanya.
Menurut beliau lagi, peningkatan paras keasidan laut turut menjejaskan habitat pembiakan ikan, iaitu kawasan terumbu karang yang dilaporkan mengalami pelunturan (mati), secara langsung menjejaskan populasi ikan di satu-satu kawasan.
Masalah peningkatan suhu dan keasidan laut bukan sahaja membawa impak buruk kepada nelayan laut tetapi juga pengusaha ternakan ikan dalam sangkar yang berdepan ancaman, antaranya ledakan alga merah seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak baru-baru ini.
Insiden itu memberikan kesan ekonomi yang bukan sedikit kepada penternak ikan dalam sangkar terbabit apabila ikan mereka mati akibat kekurangan oksigen terlarut di dalam air ekoran litupan alga merah.
"Bagi menangani isu ini, kami membangunkan sistem amaran yang dapat memantau kewujudan alga merah bagi membolehkan pengusaha akuakultur mengambil langkah preventif," kata Adnan, menambah alga merah adalah agresif dan berkembang biak dalam masa yang singkat.
LANGKAH MITIGASI
Adnan berkata DoF juga telah membangunkan dan melaksanakan beberapa langkah mitigasi untuk memastikan industri akuakultur dan perikanan negara berdaya tahan mendepani cabaran perubahan iklim dan pemanasan global.
"Kami pandang serius jangkaan saintis bahawa laut dunia akan menjadi semakin berasid dan seterusnya menjejaskan hidupan marin dalam tempoh 100 tahun akan datang. Untuk itu, DoF melakukan beberapa persediaan.
"Antaranya ialah mengawal jumlah bot nelayan dengan mengehadkan kepada sekitar 64,000 yang sedia ada sahaja. Ini bermakna tidak ada lesen dan permit baharu akan dikeluarkan untuk perikanan bagi zon 30 batu nautika ke bawah.
"Langkah ini bertujuan memastikan pencemaran atau pelepasan karbon dioksida ke atmosfera oleh bot nelayan terkawal.
"Selain itu, kita juga bangunkan teknologi yang dapat mengesan kawasan plankton, iaitu makanan ikan. Menerusi teknologi satelit ini, nelayan menerima isyarat navigasi yang menunjukkan kawasan di mana terdapat banyak plankton.
"Dengan cara ini, nelayan tidak lagi perlu 'berlegar-legar' di laut mencari kawasan yang banyak ikan, sekali gus mengurangkan pencemaran karbon dioksida kerana nelayan tidak lagi berada terlalu lama di laut," katanya, menambah langkah tersebut juga dapat menjimatkan kos nelayan.
Mengulas tentang Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 13 Okt lalu, Adnan berharap inisiatif yang dicadangkan oleh kerajaan dalam belanjawan itu dapat membantu nelayan yang terjejas pendapatan akibat kemerosotan hasil tangkapan.
Dalam belanjawan itu, kerajaan antara lain memberikan elaun sara hidup RM300 sebulan kepada nelayan selain insentif hasil tangkapan hingga RM1,000 sebulan untuk golongan tersebut. Kerajaan juga memperuntukkan hingga RM10 juta untuk membina dan membaik pulih rumah nelayan.
Selain perubahan iklim dan pemanasan global, nelayan turut terdedah kepada ancaman jerebu yang bukan sahaja berpotensi menjejaskan kesihatan mereka tetapi juga jarak penglihatan, sekali gus berisiko terlibat kemalangan ketika di laut.
MENGAWAL JEJAK KARBON
Sementara itu, Prof Madya Dr Ong Meng Chuan daripada Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu, berpandangan buat masa ini, antara langkah segera yang boleh diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera ialah menghentikan kegiatan pembakaran terbuka di seluruh negara.
Menyifatkan perubahan iklim dan pengasidan laut sebagai "pembunuh senyap berkembar hidupan marin", Ong berkata sekalipun sektor perkilangan dan pengangkutan adalah antara penyumbang utama pencemaran karbon dioksida, agak sukar untuk kerajaan mengawal industri terbabit.
"Di Malaysia, hampir kesemua industri masih menggunakan bahan api fosil bagi menjalankan jentera dan loji masing-masing, sebab itu saya kata sukar untuk pihak berkuasa mengawal selia mereka. Lebih-lebih lagi industri terbabit adalah enjin pertumbuhan negara.
"Ini berbeza dengan pembakaran terbuka yang boleh dikawal. Jika kerajaan dapat menaikkan jumlah kompaun atau denda kepada yang didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka, saya yakin ini dapat 'menakutkan' mereka," ujarnya.
Buat masa ini, mereka yang didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda hingga RM500,000 atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
Mengulas lanjut, Ong turut menyarankan kerajaan meneroka lebih banyak inisiatif bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di negara ini.
"Sekarang EV masih belum popular dalam kalangan pengguna, mungkin disebabkan oleh pengeluaran terhad EV serta kekurangan stesen pengecas. Akan tetapi saya percaya, jika kita dapat tingkatkan penggunaan EV dalam tempoh beberapa tahun akan datang, nescaya kita akan dapat mengawal kadar pelepasan karbon dioksida ke atmosfera.
"Ini seterusnya akan membawa impak positif kepada laut, termasuk menyeimbangkan semula pH air laut," kata pakar oseanografi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
Selain perubahan iklim dan pemanasan global, nelayan turut terdedah kepada ancaman jerebu yang bukan sahaja berpotensi menjejaskan kesihatan mereka tetapi juga jarak penglihatan. - Gambar hiasan
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
Perubahan iklim dan pengasidan laut pembunuh senyap industri perikanan negara
Penurunan secara konsisten dari tahun ke tahun sepanjang tempoh 2020-2022 secara langsung mencerminkan ancaman ke atas sekuriti makanan negara.
Lebih ramai rakyat Malaysia perlu terlibat dalam industri tangkapan tuna - Mohamad
Buat masa ini hanya 11 vesel yang mengambil bahagian dalam industri berkenaan berbanding 74 vesel yang telah diperuntukkan oleh IOTC.
Bantuan RM150 juta untuk transformasi nelayan
Kedua-dua kemudahan itu adalah untuk pembangunan industri perikanan pantai.
MAFI sasar 10 peratus perairan negara dilindungi sebagai Kawasan Perlindungan Marin
Sasaran itu selaras dengan obligasi di bawah Matlamat Pembangunan Lestari, Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025.
Kerajaan komited kurangkan pekerja asing dalam industri perikanan
Kerajaan memperuntuk RM150 juta kepada Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan Dana Jaminan Makanan untuk transformasi nelayan tradisi ke laut dalam.
Malaysia dan Indonesia sedia wujudkan kawasan pembangunan bersama perikanan
Malaysia dan Indonesia pada asasnya bersetuju untuk mewujudkan kawasan pembangunan bersama industri perikanan di kawasan pertindihan perairan kedua-dua negara.
500 lesen vesel kelas A berciri moden diwujudkan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani peruntukkan tambahan 500 lesen vesel nelayan kelas A berteraskan konsep pemodenan