KUALA LUMPUR: Inisiatif projek rintis Perumahan Inklusif MADANI untuk golongan sasar di kawasan bandar-bandar utama mampu membuka lebih ruang buat warga kota memiliki rumah.
Rata-rata warga Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang bagaimanapun berharap projek perumahan berkenaan menawarkan kelainan dengan harga berpatutan berbanding projek perumahan sedia ada.
Pekerja swasta Muhammad Arif Zainal Abidin, 31, dari Ampang di sini mencadangkan supaya projek Perumahan Inklusif MADANI dapat dibina di lokasi yang strategik dan telah matang berbanding di kawasan yang sedang membangun.
Katanya, ini membolehkan penghuni tinggal di kawasan yang telah mempunyai kemudahan seperti pengangkutan awam, sekolah, hospital dan jalan raya besar, selain padang dan taman permainan.
"Saya juga memohon supaya had pendapatan bagi kelayakan pemohon diturunkan bagi membantu golongan sasar di bandar.
"Selain itu, kita juga sedia maklum kebanyakan rumah mampu milik akan ada masalah penyelenggaraan. Jadi saya harap dengan adanya projek ini dapat meningkatkan kualiti penyelenggaraan terutama bangunan bertingkat seperti kemudahan lif dan infrastruktur awam," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin lepas berkata projek rintis Perumahan Inklusif MADANI akan dibangunkan untuk golongan sasar di bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Menurut Anwar, pembinaan itu melibatkan 800 unit rumah dengan pelbagai saiz ruang lantai bagi menampung keperluan golongan sasar yang berbeza.
Dalam pada itu, pekerja p-hailing Mohamad Naufal Mohamad Idris, 35, dari Shah Alam, Selangor berharap insentif perumahan baharu yang diperkenalkan kerajaan itu dapat menawarkan rumah dengan harga berpatutan.
Beliau yang masih belum memiliki rumah sendiri berkata walaupun kebanyakan rumah mampu milik yang ditawarkan kerajaan negeri di bawah RM300,000 menerusi projek Rumah SelangorKu dan Rumah Idaman, jumlahnya agak terhad.
"Saya berharap proses mendapatkan dan membeli rumah juga dipermudah kepada pekerja dalam sektor gig ekonomi ini berikutan jumlah pendapatan yang diperoleh setiap bulan tidak tetap, ini menyukarkan kami untuk mendapatkan rumah sendiri," katanya.
Pekerja swasta Yunus Yakkub, 40, dari Lembah Jaya Utara, Ampang pula mencadangkan projek perumahan berkenaan dilengkapi dengan perabot asas seperti kabinet dapur dan mesin basuh sebagai nilai tambah bagi membantu meringankan beban pembeli.
Bagi pekerja syarikat telekomunikasi di George Town, Pulau Pinang Raymond Lee, 30, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kediaman pertamanya menerusi projek rintis itu.
"Kalau tanya sesiapa sahaja memang ramai yang menunggu projek seperti ini sebab perumahan di kawasan bandar memang susah untuk dibeli kerana harganya yang tinggi," katanya.
Sementara itu, pekerja kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang Rosniza Ahmad Rosli, 28, berharap Skim Sewa untuk Beli dapat diperluas di negeri itu terutama di kawasan sektor perkilangan supaya mereka dapat memiliki rumah menerusi skim berkenaan.
Beliau yang masih bujang dan menyewa bersama rakan sekerja itu berkata cadangan berkenaan dapat membantu lebih ramai golongan muda memiliki rumah sendiri kerana kos pembayaran bulanan yang lebih murah serta peluang untuk membeli kediaman membabitkan gaji kategori B40.
Menerusi pembentangan KSP RMK12 itu juga, Anwar berkata Skim Sewa untuk Beli akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai kumpulan sasar dapat memiliki rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023

Rata-rata warga Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang bagaimanapun berharap projek perumahan berkenaan menawarkan kelainan dengan harga berpatutan berbanding projek perumahan sedia ada. -Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Konsep Perumahan Inklusif MADANI jadi teras pembangunan kediaman mampu milik - PM
Konsep Perumahan Inklusif MADANI akan menjadi teras pembangunan kediaman mampu milik di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perumahan Inklusif MADANI diharap tawar kelainan
Warga Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang harap ia menawarkan kelainan dengan harga berpatutan berbanding projek sedia ada.